Wednesday, June 12, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selamat datang ke Republik Taman Hijau.
Rasanya sudah lebih dua minggu saya biarkan taman ini.
Rumput sudah naik ke mata!


Petunia yang hampir mati.
Semalam, mulakan projek, kasi cantik  tempat ini. Tanam Bird Nest ( langsuir) di sini.
Pokok-pokok terus naik tidak terurus.

Alhamdulillah mangga terus berbuah.


Terung belajar berbunga.
Kudup kacang panjang.


Berbunga.
dan berbuah!
Pokok kacang di pagar rumah. Boleh untuk ulam saja.
Longan pun ada.

Kali ni tak banyak, dua tiga tangkai sahaja.




Limau nipis.

Limau kasturi.

Limau purut.
Tiba-tiba ada kucing besar bulu tebal dan ekor panjang muncul. Kucing dari mana?
Sekarang ada tiga kucing menumpang tinggal di sini.( Kucing kena duk kat taman sahaja...)
Eksyenlah ...bagi kepala ikan tak nak!

-
Jap lagi nak ke taman....

Alhamdulillah.


TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.






8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

hasil berbudi pd tanah

Kakzakie Purvit said...

Limau pun dah tiga jenis. Senang nak buat tomyam, nak buat sambal, nak buat air semua ada pilihlah..

Pelam tu kakak geram!! bergayutan tak ada yg nak makan ke?

Cikda said...

huiiyooo...sejuk mata cikda memandang.. teringat dulu depan rumah cikda ada pokok buah mata kucing tu.. tapi memang susah sgt nak berbuah.. tiap kali gerhana bulan ke matahari ke.. arwah mak soh goyang pokok tu.. hehheheh

Dr K said...

Salam mamaJu...

Mendamaikan kat laman mamaju ni...

Insya Allah, lepas wife saya bersalin ya, saya ziarah ke laman ni :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya suka buah mangga. Mangga jenis apa di laman Republik Taman Hijau? Satu masa dulu di laman rumah saya ada pokok mangga apple. Masa tu mangga apple popular. Sekarang beli aje di kedai.

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wbt ummi...
khaifahaluki....
nanti boleh la pos buah mangga tu sikit kat sini di Lebanon ye....Lama sungguh tak mkn buah mangga...sama juga dgn mata kucing tu....

Cantik bunga tu...

JazakaAllah

kaknor tmj said...

Alhamdulillsh...menjadi semua tanaman di Republik Taman Hijau tu. Ju ada tanam mangga harum manis, kak plg suka mangga jenis ni, apa jadi pd dinding moss tu, menjadi ke

afeezz said...

kucing bandar tak makan ikan mama... depa makan friskies