Tuesday, June 11, 2013

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA ( 1 )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab siksanya itu amat mengerikan. Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.
(maksud ayat 65,66 surah Al Furqaan Juz 19.)


Mengikut Sejarah Perak dalam buku 'Misa Melayu' dulunya Kuala Kangsar hanyalah sebuah perkampongan. Tetapi disebabkan adanya makam Sultan Muzafar Shah ( Sultan Perak ke 2) tempat ini dikunjungi ramai.( makam ini di dalam masjid Kg Kota lama Kanan.)
Kuala Kansar berasal dari Kuala Kurang Sa yang bererti  99 kuala. Ia terkenal sebagai bandar di raja semasa pemerintahan Sultan Yusuf ( Sultan Perak ke 27). Baginda menjadikan Kuala Kangsar sebagai tempat bersemayam. Mula medirikan istana di Sayong.
Istana Iskandariah terletak di Bukit Chandan  di tepi kanan Sg Perak.
Inilah istana rasmi tempat bersemayam raja-raja sejak tahun 1933.
Nama istana sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggung jawab terhadap pembinaannya dahulu.
Tapak asalnya merupakan tapak istana negara yang dirobohkan pada 1933.
Seni bina nya mengambil corak senibina islam- india - Saracenic. Dibina oleh arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu.
-
 Kita boleh berkeliling meninjau istana ini 
Teringin  sangat nak tengok MCKK. Tersergam besar dan cantik.
MCKK sudah berusia lebih  100 tahun.
-
Di tubuhkan hasil cadangan Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang amat menitik beratkan orang melayu pada DURBAR 1903.
Pada 2 Januari, MCKK ditubuhkan ditanah seluas 30-40 ekar hadiah dari Sultan Perak Sultan Idris Murshidul Azam Shah 1. Mula ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan lelaki untuk memenuhi perkhidmatan dalam sektor kerajaan.
11 Disember 1909 dari big School bertukar nama kepada MCKK.

Selepas tamat Perang 1941-45 British telah melonggarkan syarat kemasukan ke MCKK kepada segenap lapisan masyarat melayu.

Dikatakan untuk kemasukkan ke Tingkatan satu- anda mestilah pelajar lelaki melayu dalam ranking 75 terbaik.
Bagi Tingkatan empat- anda mestlah dalam ranking 120 terbaik.
Motto dalam Latin.
Satu lagi tempat bersejarah ialah antara pokok getah yang pertama dibawa ke Tanah Melayu pada 1877.
Ini pokok getah yang masih hidup dari sembilan pokok getah yang ditanam di Tanah Melayu.
H.N Redley telah membawa biji-biji getah dari Kew Garden London ke Singapura dan kemudian ke Kuala Kangsar. Biji-biji getah kemudian ditanam sekitar tahun 1877.

Bergambar dengan pokok getah tertua. Dikatakan pokok ini masih mengeluarkan susu getah jika ditoreh. Mula getah berwarna merah sebelum menjadi putih.
Pada 1902 getah ditanam secara komersial di Tanah Melayu. Menjelang 1970an getah menjadi hasil utama negara.


Mesin getah.

Sekolah Clifford ini letaknya bertentangan dengan MCKK. Ia berasal dari sekolah melayu yang didirikan pada disember 1897. Pelajar bermula dari 40 murid. Pada 1928 dengan 494 murid.
Pada 1905 sekolah ini menjadi sekolah pertama di Perak yang mempunyai pelajar perempuan.
Ia dinamakan Sekolah Hugh Clifford pada 1928 sempena nama Gabenur Negeri2 Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika itu.

Rumah berhampiran istana Iskandariah.
Pavilion Sutan Iskandar ini terletak di Jalan Bendahara. Didirikan pada 1920 semasa pemerintahan Sultan Iskandar . (memerintah 1918 - 1938 ) Arkiteknya N. E. Don . Ia sebagai tempat berehat Sultan Iskandar selepas bermain polo.
Ia juga satu tarikan pelancong yng berkunjung ke Kuala Kangsar.
Mercu tanda baru.

Ternyata banyak yang bersejarah di sini. Ini Istana Ulu.



Sekarang istana ini dijadikan Galeri.  Ada empat bangunan.


Saya, emak dan sepupu Puan Muslimah. Saya sangat-sangat berterimakasih kepadanya kerana membawa saya meneroka Kuala Kangsar dengan sebenar-benarnya!










Di luar istana. Tiada maklumat.


Alhamdulillah.
-

TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



10 comments:

kaknor tmj said...

naik semangat kak bila lihat gambar2 di kuala kangsar ni, kampung kak, tapi sedih sikit sbb Ju tak ambil foto sekolah kak, GEGS skrg namanya SM raja kalsum terletak di atas bukit sebelah kanan ke arah bukit candan ( ke istana).

afeezz said...

baru sekali smpi Kuala Kangsar

Ayah Zain said...

cantiknya gambar2 mamaju. menag terbaik la infonya

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya pernah ke KK awal tahun 70 an. Kursus di MCKK. Memang kelass bangunannya.

Anonymous said...

assalammualaikum

sejak 2000 saya ke KK hampir setiap 2 minggu sekali kerana anak2 bersekolah dimckk.

tapi tiada gambar secantik yang diambil mamaju

thanks for sharing

Cikda said...

wow..!! hebat la pelajar mckk ni..
cikda pernah sekali pergi kuala kangsar sebab hway jam dari utara nak balik KL. carik hotel keliling bandar diraja tu.. memang sangat cantik bandar ni..

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wbt Ummi....
Khafahaluki....
Ana pun tak pernah sampai tempat ini....cantik.

Ilham Muslimah said...

Tak puas tengok gambar2 yg Mama Ju ambil.. rasanya ada banyak lagi yg tiada di paparan ini... mohon jasa baik Mama Ju utk e-mail... boleh..!!

Ayin mm said...

warghhh, banyak tempat menarik sebenarnya kat Perak. balik2 dengar dr kawan2 saya- zoo taiping jer. Now baru tahu mama. thanks for sharing

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum,

bunda singgah dipetang hari...