Friday, June 14, 2013

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA ( 2)





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami'
( maksud ayat 10 surah Al Kahfi)
'Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya.jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran'
(maksud ayat 13 surah Al Kahfi)
Kuala Kangsar tempat bersejarahnya banyak!
Saya juga teringin ke istana ini, namun sewaktu kami tiba, ianya ditutup sementara. Kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan.
Nampaknya kena datang lagi lain masa. Saya terpesona dengan reka bentuk, gaya ukiran dan anyamannya.

Istana ini dipanggil Istana Kenangan.. Kini ia menjadi Muzium Diraja Perak. Baca petikan daripada wikipedia bebas untuk mengetahui sejarahnya.
Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak, oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Pokok tua di hadapan Istana. 

Dapat bergambar di luar pagar sajalah..
Kami ke Pusat Kraftangan di Sayong. Banyak betul gerai-gerai kecil mengusahakan labu  sayong. Kami singgah ke satu gerai. Waktu ni waktu rehat, tapi kami minta tuan punya gerai menunjukkan cara-cara membuat labu sayong. Alhamdulillah beliau tak keberatan walaupun sebenarnya suami beliau yang mahir dalam bidang ini. Suami beliau antara pemuda-pemuda di Sayong yang mula-mula di hantar ke Jepun selama setahun untuk mendalami bidang ini. Kami dapat juga bertemu dengan suami beliau, macam-macam inovasi yang ditunjuk dan diceritakan.
Terimakasih.
Macam-macam ada. Suami saya terpikat dengan labu yang ada lampu untuk dipasang di pagar rumah.
.Murah ..RM 60 kalau tak silap.

Makan tengahari tak jauh dari sini. Laluan jalan masuk ke Jambatan Gantung.
Makanan popular di sini adalah Laksa dan cendul.
Eamk dan Sg Perak. Di sebelah sana adalah perkampungan membuat labu Sayong.
Ada bot membawa pelancong di sini.
Bersama Pn Muslimah yang baik budi. Belanja makan lagi...
Tempat makan ini berhampiran pusat Kraf dan dihadapannya kelihatan Sg Perak.
Ada kereta kebal. Malangnya  banyak  sampah sarap di dalam kereta tu. Ulfa cuba nak  naik !









Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
(petikan wikipedia bebas)
Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi .
(petikan wikipedia bebas)
Masjid dari jalan Istana Iskandariah.
Jalan masuk ke Istana Iskandariah. 
.


Pintu belakang Istana Iskandariah.
Waktu pusing di hari pertama , saya terjumpa tempat telefon ni. Hari kedua terlupa ke sini! http://koleksioldskool.blogspotke
Gambar ni dari Koleksi Pak Mat Tahir Barangan Old Scool 

Banyak bangunan lama. Bangunan Old Scool  berhampiran MCKK.
Amin dan Yana pun  turut menjelajah!
Alhamdulillah.

TAAT ALLAH TAAH RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

9 comments:

Kakcik Seroja said...

Kuala Kangsar - kampung halaman yang sekian lama kakcik tinggalkan... :(

Dr K said...

Salam Jumaat MamaJu..

Kuala Kangsar mmg banyak bangunan lama yg menarik utk di terokai...Saya dari dulu plan nak ambik gambar kat Masjid Ubudiah..kat Istana Lama tu....hihihi...ada rezeki dan kelapangan masa, mmg nak ke sana...Pergi melawat Kellie Castle tak di Batu Gajah?

kaknor tmj said...

salam Ju,
terubat rindu melihat foto2 Bandar KK ni. wp kak orang KK fapi kak tak suka laksa dan cendulnya. laksa popular KK laksa pakngah, mi laksa diperbuat dr tepung gandum (kak lbh suka mi laksa dr tpg beras) dan kuah laksa2 KK sgt cair, begitu jg dgn cendulnya, kurang lemak ...krg ummmpnya

Kakzakie Purvit said...

Banyak tempat indah utk dilawati tapi kakak banyak-banyak negeri di M'sia Perak sebab tak ada kenalan so kalau ke utara just lalu aje...

Dr Singa said...

Kuala kangsar pun dah masuk dalam list kembara saya
banyak tempat menarik dan bersejarah kat situ!!

Dua tahun dulu pun Istana Kenangan tu masih ditutup!!

sukanya saya nengok bangunan lama old school itu!!!

atuk said...

Assalamualaikum Mama

masa saya pergi tempuhari pun tak dapat masuk dalam istana tu

mamaina said...

2 thn lepas saya bawa family, istana kuning under renovation..frust betul. thn ni mamaju p masih under construction!

makcikkantin said...

makcik pun kesana beberapa bulan lepas...tutup juga istana tu.....

Unknown said...

As salam mamaju,

Kalau photoshoot kawin mesti cantik tmpt2 ni... Pandai mamaju amik gambar :))