Selamat datang ke Republik Taman Hijau. Rasanya sudah lebih dua minggu saya biarkan taman ini. Rumput sudah naik ke mata! |
Petunia yang hampir mati. |
Semalam, mulakan projek, kasi cantik tempat ini. Tanam Bird Nest ( langsuir) di sini. |
Alhamdulillah mangga terus berbuah. |
Terung belajar berbunga. |
Kudup kacang panjang. |
Berbunga. |
dan berbuah! |
Pokok kacang di pagar rumah. Boleh untuk ulam saja. |
Longan pun ada. |
Kali ni tak banyak, dua tiga tangkai sahaja. |
Limau nipis. |
Limau kasturi. |
Limau purut. |
8 comments:
Assalamualaikum Mama Ju
hasil berbudi pd tanah
Limau pun dah tiga jenis. Senang nak buat tomyam, nak buat sambal, nak buat air semua ada pilihlah..
Pelam tu kakak geram!! bergayutan tak ada yg nak makan ke?
huiiyooo...sejuk mata cikda memandang.. teringat dulu depan rumah cikda ada pokok buah mata kucing tu.. tapi memang susah sgt nak berbuah.. tiap kali gerhana bulan ke matahari ke.. arwah mak soh goyang pokok tu.. hehheheh
Salam mamaJu...
Mendamaikan kat laman mamaju ni...
Insya Allah, lepas wife saya bersalin ya, saya ziarah ke laman ni :)
Saya suka buah mangga. Mangga jenis apa di laman Republik Taman Hijau? Satu masa dulu di laman rumah saya ada pokok mangga apple. Masa tu mangga apple popular. Sekarang beli aje di kedai.
Assalammualaikom wbt ummi...
khaifahaluki....
nanti boleh la pos buah mangga tu sikit kat sini di Lebanon ye....Lama sungguh tak mkn buah mangga...sama juga dgn mata kucing tu....
Cantik bunga tu...
JazakaAllah
Alhamdulillsh...menjadi semua tanaman di Republik Taman Hijau tu. Ju ada tanam mangga harum manis, kak plg suka mangga jenis ni, apa jadi pd dinding moss tu, menjadi ke
kucing bandar tak makan ikan mama... depa makan friskies
Post a Comment