Dengan nama Allah yang Maha Pemura lagi Maha Mengasihani.
'Yusuf ( merayu ke hadrat Allah dengan) berkata "Wahai Tuhanku1 Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya'
Maka Tuhannya memperkenankan doanya lalu dijauhkan tipu daya mereka: Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(maksud ayat 33,34 surah Yusuf)
|
Ukwah ke rumah pengantin di USJ.
Cantik pintu gerbang tu
-
Kemudian timbul fikiran bagi suami perempaun itu serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda ( yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja.
(maksud ayat 35,36 surah Yusuf) |
|
Kalau majlis ditulis -Sekeluarga- biasanya kami akan bawa anak-anak. Dapatlah mereka kenal sahabat-sahabat kami..
-
'...Isteri AL Aziz pun berkata " Sekarang ternyatalah kebenaran ( yang selama ini tersembunyi) akulah yag memujuk Yusuf (berkehendakkan dirinya ( tetapi ia telah menolak)": dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar.'
(Pengakuanku) yang demikian, supaya ia mengetahui bahawa aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir ( bersama di sini): dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.
(maksud ayat 51,52 surah Yusuf) |
|
Bapa pengantin- Dr Hazim ialah kawan suami saya. |
..
|
Setiap AJK pakai lencana. Senang nak kenal... |
Dan ( setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu) Raja berkata"Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya.
Setelah (Yusuf dibawa mengadap dan Raja) berkata-kata dengannya ( serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya
"Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf) seorang yang berpangkat tinggi lagi dipercayai di kalangan kami"
(maksud ayat 54 surah Yusuf)
|
Inilah Syaza anak Dr Hazim. |
|
Motor besar menjadi pengiring pengantin.
-
Yusuf berkata " Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi ( Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya"
(maksud ayat 55 surah Yusuf) |
|
Kami berukwah lagi ke rumah Dato Dangiran di Klang.
-
Dan demikianlah caranya ,Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumiMesir: ia bebas tinggal di negeri itu di mana shaja yang disukainya.
Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
(maksud ayat 56 surah Yusuf)
|
|
Datin Ramlah selepas majlis pertunangan anak bungsu beliau.
Alhamdulillah.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. |
5 comments:
Saya suka part guna lencana perkenalkan diri.
Mamaju..kalu nak mai Penang bole la roger2....dapat berkenalan. jln lupa ya.. kalau homestay kami kosong boleh la booking juga..hehehe
jln lupa= jangan lupa
Badge tanda nama tu....sempoi
ha!!
kan senang kalau pakai badge tu!!
Post a Comment