(ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya,
'Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku'
'Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu itu kepada saudaramu, kerana aku kuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat terhadapmu. Sesubgguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia'
(maksud ayat 4,5 surah Yusuf Juz 12)
'Bunuhlah Yusuf atau buangkan dia ke suatu tempat yang jauh...'
'...Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam perigi supaya dia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir( yang lalu di situ)...'
(maksud ayat 9,10 surah yusuf)
'Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan ( ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan), lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka.( setelah sampainya ke perigi itu ) ia pun menghulurkan timbanya( dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dan katanya" Hai (ini) sungguh mengembirakan! ini adalah seorang budak lelaki ( yang cantik parasnya)". ( setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya ( untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(maksud ayat 19 surah Yusuf)
Seronok berdoa dan beramal dengan ayat-ayat Al Quran. Buku oleh Dr Zahazan, terbitan Telaga Biru, RM 19.90. |
'Dan( setelah Yusuf dijual di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya"Berilah dia layanan yang sebaiknya: semoga ia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak"Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi) dan Kami mengajarkannya sebahagian dari ilmu takwil mimpi....'
(maksud ayat 21 surah Yusuf)
'Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya'
(maksud ayat 22 surah Yusuf)
Alhamdulillah.
Sebarkan salam dan semarakan amal.
-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
2 comments:
SALAM ju,
tk kerana info buku2 baru tu, buku rosmah mansor tu Ju beli ke, klu dah baca tolong komen, klu bagus baru kak beli sbb harganya mahal
alhamdullilah.
slmat pagi kak.
satu cara mpjgkan amal jariah mlalui penulisan. bila kak bc. kak kongsikan pada sesiapa.
saham akhirat. terima kasihh tau
Post a Comment