Sunday, April 21, 2013

UKHWAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemura lagi Maha Mengasihani.
'Yusuf ( merayu ke hadrat Allah dengan) berkata "Wahai Tuhanku1 Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka dan  aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya'
Maka Tuhannya memperkenankan doanya lalu dijauhkan tipu daya mereka: Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar  lagi Maha Mengetahui.

(maksud ayat 33,34 surah Yusuf)

Ukwah ke rumah pengantin di USJ.
Cantik pintu gerbang tu
-
Kemudian timbul fikiran bagi suami perempaun itu serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak  tanda-tanda ( yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja.
(maksud ayat 35,36 surah Yusuf)
Kalau majlis ditulis -Sekeluarga- biasanya kami akan bawa anak-anak. Dapatlah mereka kenal sahabat-sahabat kami..
-
'...Isteri AL Aziz pun berkata " Sekarang ternyatalah kebenaran ( yang selama ini tersembunyi) akulah yag memujuk Yusuf (berkehendakkan dirinya ( tetapi ia telah menolak)": dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar.'
(Pengakuanku) yang demikian, supaya ia mengetahui bahawa aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir ( bersama di sini): dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.
(maksud ayat 51,52 surah Yusuf)
Bapa pengantin- Dr Hazim ialah kawan suami saya.
..
Setiap AJK pakai lencana. Senang nak kenal...
Dan ( setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu) Raja berkata"Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya.
Setelah (Yusuf dibawa mengadap dan Raja) berkata-kata dengannya ( serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya
"Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf) seorang yang berpangkat tinggi lagi dipercayai di kalangan kami"

(maksud ayat 54 surah Yusuf)
Inilah Syaza anak Dr Hazim.


Motor besar menjadi pengiring pengantin.
-
Yusuf berkata " Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi ( Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya"
(maksud ayat 55 surah Yusuf)
Kami berukwah lagi ke rumah Dato  Dangiran di Klang.
-
Dan demikianlah caranya ,Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumiMesir: ia bebas tinggal di negeri itu di mana shaja yang disukainya.
Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa yang Kami kehendaki dan Kami  tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
(maksud ayat 56 surah Yusuf)






Datin Ramlah selepas majlis pertunangan anak bungsu beliau.


Alhamdulillah.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

5 comments:

alenna abbas said...

Saya suka part guna lencana perkenalkan diri.

mamaina said...

Mamaju..kalu nak mai Penang bole la roger2....dapat berkenalan. jln lupa ya.. kalau homestay kami kosong boleh la booking juga..hehehe

mamaina said...

jln lupa= jangan lupa

makcikkantin said...

Badge tanda nama tu....sempoi

Dr Singa said...

ha!!
kan senang kalau pakai badge tu!!