Friday, April 19, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Jom, kita duduk goyang-goyang kaki  di Republik Taman Hijau saya.
-
'Mereka berdua merayu : Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripaa orang-orang yang rugi'
(maksud ayat 23 surah al Araf)

Pokok kelapa nan sebatang.
Pokok ini asalnya daripada sepupu di Kelantan, dibawa ke Tenggara, Johor dan akhirnya ditanam di sini!
Alhamdulillah.
-
'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim'
(maksud ayat 47, surah al Araf)
Inspirasi pokok kelapa rendah dari Festival Flora  2012.
-
''Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam islam( berserah sepenuh hati kepada Mu)
(maksud ayat 126 surah al A'raf)
Pengaga besar. Ya Allah, tumbuh merata alam.
Saya tak pasti boleh dibuat ulam atau tidak. Rasanya agak kurang sikit...
-
'Wahai  Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah  kami ke dalam rahmat Mu, kerana Engkaulah sahaja Ynag Maha  Mengasihani'
9maksud ayat 151 surah al A'raf)

Gambar bawah- Kemuning.

White Lily yang baru saya tanam.
-
'Engaku jualah Pelindung kami, oleh itu  ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, keran Engkau jualah sebaik-baik  pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali ( bertaubat) kepada Mu)
(maksud ayat 155- 156 surah al A'raf)


Helicornia.

Nanas Sarawak ni sangat manis! Hehe dua biji saja.
-
'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui'
(maksud ayat 200 surah al A'raf)

Asparagus Sprengeri  Fern. Pokok ini dibawa dari rumah lama, 7 tahun dulu.

Masalah besar taman- ulat makan daun!
Oregano. Dari sepasu kecil , saya pecah-pecahkan. Jadi banyak!

Delima.


Tiap pagi, kumbang mencari bunga.

Kekacang Pintot. Suka dengan bunganya. Ia adalah pokok penutup bunga.



Tiba-tiba terkenang pokok markisa EMAK saya di kampung!

Alhamdulillah.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

6 comments:

mamaina said...

Ahhh..nak tanam markisa la pulak..
lebat buahnya..geram...

anggur saya tanam tumbuh hebat tapi buahnya tak nampak kelibat
baru2 ni suami dah kerat
takut semut dan anai2 panjat

Suka tengok taman mamaju..taman saya rumput banyak..pokok hidup segan2 gitu...

Kakzakie Purvit said...

Macamana Kak Ju bawa pokok kelapa dari Johor sampai sana. Gigih betul... nenas pun dah berhasil. Kakak tanam pokok nenas tepi car-porch office ni tapi tak buah-buah - kudut je kakak tengok, geram.

afeezz said...

nnt sy nak wat entry republik taman hijau saya plak

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah english garden versi malaysian. Bunga2 penyeri laman.

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah english garden versi malaysian. Bunga2 penyeri laman.

Dr Singa said...

kannn !!
lebah yang datang kat Thunbergia tu memang besar-besar!

kak..
semaikan kita pokok tu kak!!
:)