Wednesday, April 17, 2013

SAYA DAN ANAK (SELAMAT HARI LAHIR)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Saya nak ucapkan selamat hari lahir  hari ini untuk diri sendiri!
Alhamdulillah, Allah beri sebanyak-banyak  nikmat ...
Usia pun dah menginjak lebih setengah abad.
Hari ini saya ke nurseri Bukit Unggul bersama suami. Saya berkenaan dengan bunga lily putih.
Saya juga terpesona melihat banyaknya lumut di nurseri tu. Saya meminta lumut tersebut untuk projek Moss Grafiti saya!

Alhamdulillah, Allah beri kebahagian bersama suami, anak-anak, ibu , adik beradik, ipar duai, sepupu , makcik pakcik, saudara mara dan kawan-kawan!
Harapnya  hari ni Farah dah sembuh dari demam.
Moga dah boleh ke kuliah 
Hari ni Nabil mula bercuti panjang.
Nabil berangan nak bekerja.
Wah, bestnya saya ada pemandu baru!
Kalau ada yang nak sponsor basikal dll boleh juga masuk pertandingan.
Ini pertandingan 2012 di Putrajaya.
Basikal sponsor RM 9 ribu lebih kurang.


Hari ni Fatimah Ulfah ada test untuk MARA di Poly Mara, Bangi.
Moga berjaya.
Bertuahnya dia andai dapat belajar di negara kelahirannya.


Ini anak bungsu saya, Amirah Madihah.
Baru-baru ni ke Penang, berkonvoi empat bas.
Best sebab sekolah tanggung semuanya!
Tengok apa dia buat di Bukit Bendera!
Amirah kuat bersukan. Wakil bola jaring dan lari berganti/


Adalah sedikit-sedikit jasa dia....bagi 0 kat sekolah lawan!




Moga semuanya bahagia.
AMIN.


CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.


6 comments:

Kakzakie said...

Selamat ulangtahun kelahiran Kak Ju. Moga mendapat limpahan kebahagiaan dan rahmat Allah disamping semua yg disayangi..

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

selamat hari ulang tahun kelahiran
moga ceria sekeluarga hingga ke Syurga

Daddy Ziyyad said...

Selamat hari lahir MamaJu..
Moga dimurahkan rezeki, di anugerahkan kesihatan, bahagia di samping keluarga..:)

kaknor tmj said...

assalamualaikum Ju,
Selamat ulangtahun kelahiran Ju, semoga sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga

afeezz said...

assalamualaikum mama

selamat hari lahir. semoga panjang umur murah rezeki, bahagia disamping mereka yang tersayang.. insyaAllah

Dr Singa said...

salam ulang tahun Mamaju!

saya pun ada hati nak buat graffiti moss ni..
ntah bila...
dok mencari gel ..