Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja: dan Ia mengetahui segala apa yang ada di darat dan di laut:dan tidak gugur sehelai daun melainkan Ia mengetahuinya: dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan ( semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (LAUH MAHFUZ) yang terang nyata'
Maksud ayat 59 surah An An'aam surah 7)
![]() |
| Bunga kemuning ni aku letak di tepi tiang berhampiran pintu masuk. Baunya wangi menusuk jiwa. |
![]() |
| Aku lupa nama bunga ni, kalau cuaca panas ia berbunga dengan banyaknya. |
![]() |
| Ini Helicornia. Mudah membiak. Tumbuh berbaris di pagar. |
![]() |
| Pokok delima yang suamiku tanam di dalam pasu nampaknya mula berputik. |
| Tengok pokok macam tak subur.... |
![]() |
| Thurnbergina ni pun aku suka. Aku dapati sejak akhir-akhir ni kerengga banyak bersarang di situ... Aku tiada pilihan- lalu aku buang separuh daripada pokok-pokok ni. |
| Nampaknya pokok mangga dalam pasu pun sedang berputik. Alhamdulillah. |
| Bunga Markisa. Pohonnya merayap celah pagar . |
| hehe buah cuma sebiji! |
![]() |
| Aku dapati pokok cili ini tahan lama. Mulanya dah tidak berdaun dan kering, kemudian ia hidup semula dan berbuah! Alhamdulillah. |
| Pohon tebu dan pandan sudah menjulang. Sesuatu harus dilakukan.... |
| Pohon kantan pun dah tinggi sangat. Sangat subur' |
| Keladi gajah yang sangat besar ditanam di atas tanah. |
| Aku suka tengok pohon mati di belakang rumah ni. |







3 comments:
kalau ada anak Thunbergia tu.. kita nak boleh...?
:)
Assalamualaikum,
Seronoknya keliling rumah byk pokok...
Pohon kering, kalau ada salji....hmmmmph
Post a Comment