Thursday, March 7, 2013

BERTAUT DI RUMAH EMAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. : dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia: dan janganlah engkau mematuhi orang yang kamu ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan memathui pengajaran Kami di dalam Al Quran, serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran'
(maksud ayat 28 surah Al Kahfi juz 15)
Alhamdulillah, seronoknya dapat berjumpa mereka di rumah emak.
Ini keluarga suami saya bergambar bersama emak. Ada adik ipar, biras-biras dan anak saudara.
Saya dapat tahu adik bungsu suami saya juga menyusul ke sini, malang, keretanya ada masalah...berpatah balik ke Tenggara.
Emak sebenarnya buat sedikit majlis.

Ayah mertua tersenyum sambil bergembira bersama dua anaknya dan cucu.
hehe tengok tangan siapa lebih besar.

Mestilah tangan cucu - Faid yang lebih besar!

Bersama adik ipar- Tunku Zaidah.

Anak-anak saudara yang bijak dan comel- Alia dan Aiman.

Anis, Farah dan cikgu Siti.

Penjaga pintu - Fatimah Ulfa- majlis Tahlil belum bermula....

Dua anak perempuan emak.

Alhamdulillah.
'....Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami'
(maksud ayat 10 surah Al Kahfi)
-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Salsilah keturunan Nabi Muhamad SAW
Muhamad bin Abdullah bin Abdul Mautalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An Nadhar bin Kinanah bin Khuzaiman bin Mudrikah bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan.
Nasab baginda sampai kepada Nabi Ibrahin melalui nabi Ismail, namun yang dipersetujui ulama hingga Adnan.
(sumber - Biografi Agung Rasulullah- MUSTREAD )


3 comments:

che mid said...

Salam, mama ni rajin tukar-tukar header ye... best!

Dr K said...

Salam Mamaju..

Seronok kan sesekali dapat berkumpul jumpa ipar biras dan saudara mara yg lain, di luar musim Raya Puasa

azieazah said...

Mesra dan majlis merapatkan ukhwah yang terjalin.

Alaaa tak da gambar menu majlis ya.