Saturday, March 9, 2013

25 RABIUL AKHIR - LAMANKU (3)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja: dan Ia mengetahui segala apa yang ada di darat dan di laut:dan tidak gugur sehelai daun melainkan Ia mengetahuinya: dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan ( semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (LAUH MAHFUZ) yang terang nyata'
Maksud ayat 59 surah An An'aam surah 7)
Hari kian petang. Aku duduk termangu di sofa. Di sampingku bunga lavender tiruan. Memerhati sekeliling.
Sykur Ya Allah dengan nikmat yang Engkau beri.
'.....( Allah berfirman)"Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur/"
(maksud ayat 53 surah An aam)

Bunga kemuning ni aku letak di tepi tiang berhampiran pintu masuk. Baunya wangi menusuk jiwa.
Aku lupa nama bunga ni, kalau cuaca panas ia berbunga dengan banyaknya.
Ini Helicornia. Mudah membiak. Tumbuh berbaris di pagar.


Pokok delima yang suamiku tanam di dalam pasu nampaknya mula berputik.
Tengok pokok macam tak subur....

Thurnbergina ni pun aku suka. Aku dapati sejak akhir-akhir ni kerengga banyak bersarang di situ...
Aku tiada pilihan- lalu aku buang separuh daripada pokok-pokok ni.

Nampaknya pokok mangga dalam pasu pun sedang berputik. Alhamdulillah.



Bunga Markisa. Pohonnya merayap celah pagar .
hehe buah cuma sebiji!


Aku dapati pokok cili  ini tahan lama. Mulanya dah tidak berdaun dan kering, kemudian ia hidup semula dan berbuah!
Alhamdulillah.

Pohon tebu dan pandan sudah menjulang. Sesuatu harus dilakukan....

Pohon kantan pun dah tinggi sangat. Sangat subur'

Keladi gajah yang sangat besar ditanam di atas tanah.

Aku suka tengok pohon mati di belakang rumah ni.

Itulah.....

'Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu ( dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka) maka katakanlah " Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirri-Nya untuk memberi rahmat ( yang melimpah-limpah) : bahawa sanya sesiapa di antara kamu yang melakukan KEJAHATAN dengan sebab KEJAHILANNYA kemudan ia BERTAUBAT  sesudah itu dan ia berusaha memperbaiki ( amalannya) maka sesungguhnya Allah Maha Pemgampun lagi Maha Pengasihani"
(maksud ayat 54 surah An aam)


CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

Dr Singa said...

kalau ada anak Thunbergia tu.. kita nak boleh...?

:)

anyss said...

Assalamualaikum,
Seronoknya keliling rumah byk pokok...

Hjh Noralenna Abbas said...

Pohon kering, kalau ada salji....hmmmmph