Saturday, March 9, 2013

BUDAK TAHFIZ DI RUMAH EMAK.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Majlis tahlil di rumah emak. Nasi minyak dan lauk-lauk orang lain yang masak. Emak masak nasi putih tambah nangka masak lemak, sambal udang dan acar.
Lepas magrib, kami adik beradik dan emak mulakan dulu baca-baca.

Lepas sembahyang isyak baru jiran/ saudara dekat datang...
Tak ingat nak ambil gambar hidangan utama.
Ini tapai dari Segamat.
Manis dan sedapnya- masyallah!


Manisan dari Kluang.
Sedap!

Emak sediakan 'berkat' untuk dibawa pulang.

Emak juga beli 500 kuih muih untuk makan-makan dan untuk dibawa pulang.
100 kuih berharga RM 25 sahaja!
Hal bungkus membungkus, memang dah ada jiran yang pakar dalam hal ni.
Kami tengok-tengok je....

Emak jemput jiran-jiran dari dua masjid.
Tamu istimewa ialah budak-budak tahfiz dari surau berdekatan.



Pusat Tahfiz ni letaknya di surau Belahan Tampok, dekat dengan rumah.
Ada ramai orang kampung yang membiayai perbelanjaan di sini. Budak-budak belajar percuma.
Alhamdulillah, pelajarnya bertambah dengan mendadak sekali.




Terima kasih semua.
Moga kita jumpa lagi.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

Salasilah keturunan Nabi Muhamad SAW.

 Datuk nabi yang keempat dan yang paling terkemuka ialah Qusai bin Kilab.Nama sebenar ialah Amru bin Hakim.
Dari Qusail , Kaabah dapat ditawan semula dari puak Khuzaah. Qusai pada mulanya telah berhijrah ke Syam mengikut ibu dan bapa titinya. Bila pulang didapatinya Mekah tidak lagi ditadbir oleh puaknya puak Jurhum( keturunan nabi Ismail). Puak Jurhum  telah bertukar nama kepada Quraisy dan mereka menjadi semacam kaum kelas kedua.
Qusai akhirnya berkahwin dengan  Hubba anak penjaga Kaabah HULAIL BIN HUBSIYAH dari suku Khuzaah.
Apabila Hubail meninggal, kunci Kaabah diserah kepada HUBBA dan kemudiannya kepada ABU GHABSYAN al KHUZA'I.
Kepintaran Qusai kemudiannya telah berjaya mendapat kunci Kabaah dari tangan A Ghabsyan melalui pertukaran dengan setong arak.
Apabila kaum Khuzaah mahu merampas kembali kunci ini, Qusai bertindak pantas. Qusai mengumpul kaumnya dan menyatakan kunci ditangannya perlu dipertahankan.Kaum Khuzaah lemah semangat bila melihat kehebatan kaum Quraisy itu, di tambah dengan ketiadaan pemimpin yang berkalibar. Akhirnya kaum Khuzaah dihalau keluar dari Mekah.

Maka jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Mekah yang sebanyak sepuluh jawatan itu dibahagi-bahagikan kepada suku-suku Quraisy.

Qusai mempunyai 3 anak lelaki yang masyhur iaitu Abu Dzar, Abdul Manaf dan Abdul Uzza.
Mulanya semua pentadbiran Mekah dikuasai oleh Abu Dzar, kemudian anak Abu Dzar kemudian Abdul Manaf.Apabila Abdul Manaf meninggal , jawatan-jawatan itu diwarisi oleh anak-anaknya yang empat. Di zaman Abu Talib memimpin Bani Hasyim, beliau telah membahagikan jawatan-jawatan itu kepada semua suku Quraisy yang masyhur iaitu Bani Hasyim, Bani Umaiyyah,Bani Makhzum, Bani Sahum, Bani Jamuh, Bani Taim, Bani Adi, Bani Zuhrah, Bami Asad dan Bani Naufal.

Alhamdulllah.
 Sebarkan salam dan semarakkan amal.





5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Semoga diberkati. Ameeen...

Daddy Ziyyad said...

Sejuk hati melihat anak anak tahfiz ni...saya harap anak anak saya boleh menjadi ahli tahfiz...insya Allah

che mid said...

Besar juga kenduri tu mama.. ada berkat tu maknanya orang Jawa le ye mama.. Alhamdulillah murah rezeki anak-anak tahfiz tu ya, dapat belajar percuma.. moga-moga pahala orang yang infaq utk anak-anak tahfiz tu melimpah ruah..

makcikkantin said...

Besar juga majlis tahlil ni ya....

Kat kg best jiran bnyk...tapi kat kg makcik...jiran2 kiri kanan rumah pun mcm dah tak ada....

Kakzakie said...

Kalau kenduri-tahlil di kampung mana boleh lari dari tak membungkus berkat. Walau perut dah kenyang balik masih bawa berkat.. Mesti sayur nangka dan sambal tumis emak sedap:)