Monday, March 11, 2013

MASJID NEGARA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'..Katakanlah ".sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepadaTuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekian alam"
(maksud ayat 71 surah  Al -An aam)

Masjid Negara dibina pada 1963 - hingga 27 ogos  1965. Ia lambang keagungan islam sebagai agama rasmi negara. Mula dicadangkan sebulan sebelum merdeka oleh Majlis Kerja Persekutuan sebagai penghargaan kepada Tunku Abd Rahman..Selepas merdeka , Majlis Raja-Raja meluluskan pembinaanya.Tuanku tidak mahu namanya diabadikan di situ sebaliknya mencadangkan ia dinamakan Masjid Negara.
Lawatan terbaru- sudah ada pejabat infomasi  oleh Yayasan Waqaf.
Masjid ini di iktiraf sebagai bangunan warisan oleh Kementerian.

"Dan ( diperintahkan) Hendaklah kamu mendirikan sembahyang dan bertaqwalah kepadaNya dan Dialah  yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan ( pada hari akhirat kelak)
(maksud ayat 72 surah Al An aam)

'Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya AAZAR " Patutkah ayah menjadikan berhala-hala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."
(maksud ayat 74 surah Al An aam)

Sana sini air pancut.
Pemandangan sekitar.






Pelancong punyalah ramai disekitar

Alhamdulillah.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

Salasilah Nabi Muhamad saw.
Nabi Muhamad saw adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim melalui anaknya Nabi Ismail.
Nama datuk-datuk Nabi yang diakui kebenaran mempunyai salasilah dengan Nabi Muhamad saw seramai 20 orang, setakat Adnan ke bawah. Nabi saw tidak lagi mengakui siapakah nama bapa Adnan yang sebenar.

MA'AD BIN ADNAN
Datuk nabi saw ke 19. Seorang pahlawan perkasa yang digeruni.

NIZAR BIN MA'AD
Datuk Nabi saw ke18.Seorang yang kacak, pintar dan dimuliakan. Buah fikirannya menjadi pegangan dan amalan.

MUDHAR BIN NIZAR
Datuk Nabi saw ke 17.
Seorang yang kacak, kelebihannya orang akan jatuh simpati bila memandangnya.
Seorang pujangga di mana madah-madahnya bermutu.

ILYAS BIN MUDHAR
Datuk Nabi saw ke 16.
Seorang ahli falsafah dan punjangga seperti ayahnya.Kedudukannya di mata kamunya seperti kedudukan Lukman Hakim dizamannya.

FIHR BIN MALIK
Datuk Nabi ke 10.
Beliau seorang pembesar Arab yang sangat dermawan.
Daripada FIHR lahir nama QURAISY(anak-anak darinya) dan kini keturunan Adnan terbahagi dua suku iaitu QURAISY DAN KINANAH.(anak-anak Malik yang lain dipanggil suku Kinanah.

KA'AB BIN LUAY
Datuk Nabi ke 7.
Seorang yang sangat mengerti kitab-kitab lama.Mengajar kaumnya di sisi Kabaah. Kaab mnegetahui seorang NABI AKAN LAHIR dari anakcucunya.

MURAH BIN KAAB
Datuk Nabi ke 6.
Seorang yang sangat mulia dan terhormat.

KILAB  BIN MURRAH
Datuk Nabi Ke 5.
Beliau memberi nama 12 bulan-bulan Arab yang digunakan sekarang.

(Sumber- Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhamad saw -Warisan Ilmu Pub)



3 comments:

Dr Singa said...

masuk tak kat dalam..?

afeezz said...

dah lama tak solat di masjid negara

makcikkantin said...

last time mck gi MN....masa skolah dulu kot.....wow, sudah begitu lamaaaaa