Wednesday, March 13, 2013

1 JAMADIL AWAL - JANTUNG

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku seorang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami1 Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan'
(maksud ayat 40,41 surah Ibrahim)
Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
Alhamdulillah, pokok pisang nipah yang suami saya tanam di dalam pasu sudah berbuah.
-

Jantung pisang.
Alhamdulillah, semalam kami menjamu tamu dari Johor Baru dengan jantung pisang rebus bersama sambal belacan!
Sedap! Alhamdulillah.

'Sempurnakanlah ajalku( ketika mati) dalam keadaan islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang soleh'
(maksud ayat 101 surah Yusuf)
-
CINTA  ALLAH CINTA RASULULLAH.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



4 comments:

Azie Kitchen said...

As salam. Dah lama mencari anak pokok pisang nipah. Kalau dekat boleh minta anaknya. Saya di Kota Damansara

Hjh Noralenna Abbas said...

Sedap jantung pisang rebus dengan sambal belacan.Kalau ada ikan bakar lagi best!!

Daddy Ziyyad said...

semua jenis pisang mmg ada jantungnya ke mamaju?

afeezz said...

tak pernah rasa jantung pisang. sedap?