Thursday, March 14, 2013

2 JAMADIL AWAL -MASJID SULTAN ABDUL SAMAD, KLIA


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.




Dari KLIA , kami ke Masjid Sultan Abdul Samad, masjid paling dekat dengan KLIA.  
Masjid ini tersergam indah terletak di tepi jalan utk ke KLIA dan LCCT.
Reka bentuk berkonsepkan seni bina Arab Klasik.
Dibina pada 1999 dan dirasmikan oleh Sultan Sarafuddin Idris Syah, Pemangku Sultan Selangor ketika itu.
Pintu masuk lelaki dan wanita berasingan.

Pintu masuk wanita.
Terus ke ruang tandas dan tempat wudhu.
Tempat mengambil wudhunya sangatlah luas. ...

Cermin besar di laluan wanita.
Ada taman  di tengah-tengah sebelum menuju ruang solat.
Amaran sebelum ke ruang solat...



Tempat mengambil wudhu memang banyak!

Ruang legar  sebelah ruang solat wanita.

Taman.

'Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu'
(maksud ayat 94 surah al Mu'minum)

'Wahai Tuhan kami, kami telah beriman,oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkau jua sebaik-baik Pemberi rahmat.'
(maksud ayat 109, surah al Mu'minun)






'Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada -Mu daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku'
(maksud ayat 97, 98 surah al Mu'minun)



CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH (4)
Salsilah Nabi Muhamad SAW
Setelah Abdul Manaf bin Qusai meninggal, jawatan pemerintahan Kota Mekah diserah kepada anaknya Hasyim.( Abdul Manaf mempunyai empat anak- Abdul Syams, Adul Manaf, Al Mutalib dan Naufal).

Ketika Abdul Manaf berkuasa di Mekah, keluarganya yang lain keluar mencari pengaruh di luar Kota Mekah.Abdul Syams menyeberang Laut Merah, membuat hubungan dengan raja Habsyah.
Naufal ke Farsi membuat hubungan dengan Raja Kisra. Abd. Mutalib ke Yaman mengadakan hubungan dengan Raja Himyar.

Namun telah timbul rasa tidak puas hati ke atas anak Abdul Syams - Umayyah- kerana bapanya tidak dipilih sebagai pemerintah Kota Mekah sedangkan Abdul Syams adalah anak tertua Abdul Manaf.
Inilah peristiwa pertama yang menjadi titik hitam dalam perhubungan keluarga.Ia berlarutan.
(sumber- Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhamad saw-oleh Maulana Syed Abul Hassan Ali an aNadwi)

Ya Allah, kami mohon keampunanMu.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Cantik bangunannya. Nampak sejuk dan aman. Mudah-mudahan mesjid ini diimarahkan.

Dr K said...

Salam mamaju..

Masa bulan Ramadan, hidangan berbuka puasa kat masjid ni, mmg banyak jenis...saya pernah singgah solat maghrib di sini masa bulan Ramadan dulu

pB said...

Salam Mama Ju

masjid ni memang besar dan selesa
tapi tak ramai yang bersolat di sini ....