Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
' Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik( syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah) . Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan.Mereka itulah penghuni syurga.Mereka kekal di dalamnya.'
(Maksud ayat 26 surah Yunus)
Dah lama saya tidak menulis mengenai ayah mertua saya. Rasanya sudah hampir dua tahun ayah tinggal dengan kami. Ramadan ni isteri ayah berada di kampong kelantan. Biarlah dia berehat sambil berjumpa dengan adik bungsunya.
Ayah sihat cuma ingatannya sahaja yang agak kurang, maklumlah ayah dah 94 tahun.
Ini wajah suami, ayah mertua dan adik ipar. sewaktu di Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Ini rumah mak saya. |
Saya gembira adik ipar dapat bertemu ayahnya. Bukan selalu nak jumpa. Ayah turut berdoa moga anaknya sentiasa dimurahkan rezeki....terharukan bila ayah doa begitu... |
Esoknya kami bawa ayah ke rumah adik ipar di Austin Perdana, Johor Bharu. Wah , ayah nampak cergas. Tenguk tu dia dengan serbannya....Ayah disamping Ali( cicit) anak kepada Wan Hawanis. |
Ada masa ayah berselera untuk makan. Ayah kata" Ni nak makan banyak!" Ayah tambah nasi dan makan kuih muih. |
3 comments:
Assalamualaikum Mama Ju
saya doakan agar dia senantiasa sihat dan permudahkan dlm semua urusan
Wassalam
assalamualaikum mama ju..
kami sentiasa mendoakan agar ayah mama ini sentiasa berada dalam lindungan NYA
salam mamaju,
selamat berpuasa.
melihatkan n3 ini, ain teringat ayah..berbahagialah anak2 yang masih memiliki seorang yang dipanggil ayah. Semuga ayah mama ini akan terus sihat dan bahagia disamping anak2nya.
Inilah pengalaman yang pernah ayah lalui dan bersama kami dulu..Jam, serban dan tasbih... kekadang ayah lupa, dia sedih dan minta anak2 lelaki/cucu pimpinnya solat..cuba mama berikan gingko biloba kerana ini baik utk otak dan bertanyalah pada pakar farmasi untuk mngetahuinya lebih lanjut...keupayaan ingatan kembali normal dan berkesan. inysALLAH
Post a Comment