Wednesday, August 17, 2011

NUZUL QURAN BERSAMA PROF KAMIL IBRAHIM.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhamad) tentang Aku, MAKA SESUNGGUHNYA AKU DEKAT. AKU KABULKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA apabila dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi( perintah) ku dan beriman kepadaku, agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al Baqarah ayat 186 )

Ayat di atas dibaca dalam majlis Nurul Quran di Kementerian Sumber Asli, Putra Jaya hari ini oleh Ust  Hidhir dari Masjid Tengku Mizan.Merdu suaranya dan terharu mendengarnya...

Majlis diteruskan dengan bacaan sajak oleh Adik Wajih Zakuan dengan ' Bila Al Quran berbicara'
Ya Allah, sedihnya mendengar bait-bait puisi yang menceritakan kealpaan manusia kepada Al Quran.

Akhirnya Prof  Dr Hj Kamil Ibrahim mengambil tempat. Tajuk syarahan ' Al Quran mengubah sempadan Iman'
Sebenarnya inilah pertama kali saya mendengar beliau berceramah.
Beliau memulakan dengan doa. Ya Allah, doa beliau amat menusuk kalbu. Sedih, sangat sedih, sangat terharu....beliau terus bercerita.. Tak jemu mendengarnya, semuanya berkisar tentang diri, Al Quran, doa dll Kata-katanya menginsafkan. Ada yang terpercik ke diri sendiri......

Prof Dr Hj Mohd Kamil 
Bila Pengerusi berkata" Puan nak bergambar?".hehe saya ambil peluang. Tapi  saya kesebelah  Prof..
Prof kata sebelah ...hehe saya 'terjaga' yalah saya kenalah sebelah suami. Tak pekalah saya ni....
Saya bergambar dengan Puan Roza. Wajahnya putih berseri.-seri.
Saya sempat minta maaf banyak-banyak dengan beliau.

Terimakasih kepada warga Kementerian Sumber Asli khasnya Ustazah  Mazlina.

Kepada Prof dan Puan Roza ,ada umur kita jumpa lagi, insya Allah.

Assalamualaikum
Sebarkan salam  dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

4 comments:

sonata anak kancil said...

salam - kami di sini tak cuti hari Nuzul Quran - tapi cuti 1 Ramadhan -
tentu seronok bertemu dengan mereka ni adalah penulis buku travelog haji

rosli said...

Mama Ju,

Wah....best tu dapat bersama Prof dan isterinya

Kakzakie said...

Kakak lihat wajah Puan Roza memang ayu sangat. kelembutannya terserlah dari senyuman dia kan mama.

p/s: Raya balik kg tak mama?

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

ilmu yg diperturunkan itulah yang paling bermanfaat kan....