Thursday, August 18, 2011

AYAH MERTUA



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

' Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik( syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah) . Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan.Mereka itulah penghuni syurga.Mereka kekal di dalamnya.'
(Maksud ayat 26 surah Yunus)

Dah lama saya tidak menulis mengenai ayah mertua saya. Rasanya sudah hampir dua tahun ayah tinggal dengan kami. Ramadan ni isteri ayah berada di kampong kelantan. Biarlah dia berehat sambil berjumpa dengan adik bungsunya.
Ayah sihat cuma ingatannya sahaja yang agak kurang, maklumlah ayah dah 94 tahun.




Ini wajah suami, ayah mertua dan adik ipar. sewaktu di Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Ini rumah mak saya.

Saya gembira adik ipar dapat bertemu ayahnya. Bukan selalu nak jumpa.
Ayah turut berdoa moga anaknya sentiasa dimurahkan rezeki....terharukan bila ayah doa begitu...
Esoknya kami bawa ayah ke rumah adik ipar di  Austin Perdana, Johor Bharu.
Wah , ayah nampak cergas. Tenguk tu dia dengan serbannya....Ayah disamping  Ali( cicit) anak kepada Wan
Hawanis.
Ada masa ayah berselera  untuk makan. Ayah kata" Ni nak makan banyak!" Ayah tambah nasi dan  makan kuih muih.

Ayah berehat-rehat. Eh bila pulak ayah capai PC tu...
Jam 8.20 malam , ayah sembahyang magrib. Kadangkala ayah tak memahami apa itu sembahyang.....

Setahun dulu, ayah mesti cari serban dan jam tangan. Dua benda tu mesti ada di badannya. Ayah sentiasa belek-belek jam.Tapi sekarang  ayah tak kisah.. dan tak tanya, .Jam dah hilang dan serban pun kalau suami pakaikan alhamdulillah....

Moga ayah sejahtera .Amin.
Kepada anak-anak dan cucu cicit ayah , jangan lupa ayah. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayah....

Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

saya doakan agar dia senantiasa sihat dan permudahkan dlm semua urusan

Wassalam

sahromnasrudin said...

assalamualaikum mama ju..

kami sentiasa mendoakan agar ayah mama ini sentiasa berada dalam lindungan NYA

ainhany said...

salam mamaju,

selamat berpuasa.

melihatkan n3 ini, ain teringat ayah..berbahagialah anak2 yang masih memiliki seorang yang dipanggil ayah. Semuga ayah mama ini akan terus sihat dan bahagia disamping anak2nya.

Inilah pengalaman yang pernah ayah lalui dan bersama kami dulu..Jam, serban dan tasbih... kekadang ayah lupa, dia sedih dan minta anak2 lelaki/cucu pimpinnya solat..cuba mama berikan gingko biloba kerana ini baik utk otak dan bertanyalah pada pakar farmasi untuk mngetahuinya lebih lanjut...keupayaan ingatan kembali normal dan berkesan. inysALLAH