Thursday, November 6, 2014

TIGA ISTANA LAMA KELANTAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda  maksudnya: - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Dataran Istana Balai Besar. Ada tiga istana di sini. Dua telah dijadikan muzium.
Istana Jahar.
Dibina tahun 1887 oleh Sultan Muhamad 11 kepada Sultan Muhamad 111.
Dijadikan muzium pada Julai 1992.
Boleh diknjungi hingga jam 5 petang.
Pintu tepi.
Pintu gerbang Istana Balai Besar.
Istana ini siap dibina pada 1845. Kota Baharu dibuka pada 1844 oleh Sultan Muhamad 11.
Sultan-sultan terdahulu bersemayam di sini.
Terdiri daripada Sultan Muhamad 11 (1839 - 1886), Sultan Ahmad (1886 -1889), Sultan Muhamad 111( 1889- 1891) dan Sultan Muhamad 1v

Ia kawasan larangan.
Khas untuk upacara rasmi DiRaja.
Rezeki kamilah pintu gerbang ini dibuka.
Bahagian hadapan istana.
Ini Istana Batu.
Dibina oleh Sultan Ismail pada 1939 sebagai hadiah perkahwinan puteranya Sultan Yahya.
Ada tempat makan di kawasan istana. Restoran Nasi Ulam Cikgu.
Papan tanda di hadapan hotel berhampiran Istana Batu.
Bersebelahan Istana Balai Besar adalah Bank Pitis.
Inilah Bank Pitis.(Duit)
Dataran.
Pokok kurma sekitar bandar.

Alhamdulllah.

Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Saya pernah ke sini dulu, kalau ada rumah kan... saya suka istana batu tu... memang menarik...

Cik Iman said...

Selalu tengok dari luar je, tak pernah masuk