Friday, October 3, 2014

WUKUF DI ARAFAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW
-
Alhamdulillah waktu wukuf di Arafah sedang berjalan. Bermula pada 3/10/14 waktu tergelincir matahari (zohor) jam 12.10 waktu Saudi  - jam 5.10 petang waktu Malaysia.
-
Waktu doa mustajab - petang hingga ke malam.

-
Terjemahan doa Arafah
.
Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku  untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka  perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
Wahai Tuhan kami, terimalah sembahyang kami dengan sempurnanya dan ampunkan segala dosa kami semuanya dan jangan Engkau azab kami di Akhirat. Bahawa Engkau atas tiap sesuatu amat berkuasa.
Ya Allah ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil. Begitu juga sekian muslimin .
Ya Allah tambahkanlah kami kurnian dan pemberianMu, janganlah hina kami.Bantulah kami supaya sentiasa berzikir kepadaMu, bersyukur terhadapMu dan melakukan ibadat yang baik terhadapMu.
Ya Allah akhirkanlah kesudahan kami dengan kesudahan yang baik pada semua urusan, peliharalah kamu daripada kehinaan di dunia dan daripada azab akhirat.
Ya Allah berilah kepada kami perasaan takut dan gerun terhadapMu supaya dapat mendidndingkan diri kami daripada melakukan maksiat terhadapMu.
ART TV
Pemandangan di Arafah.
-
Berikanlah kami sifat ketaatan supaya dapat menyampaikan kami ke dalam syurgaMu.
Manfaatkanlah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama mana Engkau hidupkan kami.
Ya Allah kami mohon kepadaMu perkara yang membawa rahmatMu dan mendapat keampunanMu, keselamatan daripada segala dosa, mengecapi segala kebaikan, kejayaan untuk memasuki syurga dan kelepasan daripada api neraka.
Ya Allah janganlah Engkau tinggalkan kepada kami dosa melainkan Engkau ampunkan, ataupun dukacita melainkan Engkau lepaskan atau hutang melainkan Engkau tunaikan atau keperluan dunia dan akhirat supaya Engkau redhai akannya melainkan Engkau tunaikan, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat. Masukkan kami ke SyurgaMu dengan rahmatMu tanpa hisabMu.

Amin.

Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.

No comments: