Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga. |
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. |
Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat. |
Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. |
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. |
Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin. |
( Terjemahan daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir |
Alhamdulillah. Nak beli? Kondo 3 bilik. Teres 5 bilik. - SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH SAW |
1 comment:
Salam ju,
Berapa bilik, ju? Cantik atursusun dan dekor. Untuk keluarga kecil sesuailah.
Post a Comment