Friday, September 19, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat junjungan Rasulullah SAW.
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(terjemahan Al-Kahfi 18:14
Tiga tu saya buat... tiba-tiba suami saya ambil batu besar......
Saya menanam ros jepun disekeliling pokok buluh perindu. Saya dapatkannya  daripada biras saya Hjh Jamilah.
Pagi-pagi esoknya saya lihat dah ada najis kucing di situ!
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
( terjemahan Al-Kahfi 18:30)
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
( terjemahan Al-Kahfi 18:46)
Peria dulu-dulu masih lagi berkhidmat.

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
( terjemahan Al-Kahfi 18:23)

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
( terjemahan Al-Kahfi 18:24
Akar Dani- yang lain dah gugur.
Ros kampung tepi pagar.
-

Alhamdulillah.

SEBARKAN SALAM SEBARKAN KASIH SAYANG
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju. Ju ada instagram tak? Saje nak kepastian.

Unknown said...

Hjh Noralenna,
Salam bahagia. Sebenarnya sayalah yg add cikgu tu. tapi saya tak aktif cuma follow org je.

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju. Betullah kecuali gmbar profil ragu2. Ju aktiflah instag. Ju ada byk gmbar cantik2. Ok sy tunggu. Tk.

Dr Singa said...

hehehheeeee..
nak menyibuk jugak..
add lah saya juga..

-drsinga-