Sunday, September 21, 2014

SYARAHAN UMUM PROFESOR DAN PELANCARAN BUKU -PROF MOHD KAMIL IBRAHIM

Alhamdulillah dapat turut sama menghadiri majlis ini di Uni KL di Bangi.
-
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
( terjemahan Al-Baqarah 2:2)
Gambar - tidak mengikut susunan.
Kredit kepada Farah Nabihah Adnan.
-
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(terjemahan Al-Baqarah 2:3
Eeh saya bukan nak pegang Prof MKI.
-
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
( terjemahan Al-Baqarah 2:4)
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
( terjemahan Al-Baqarah 2:5)
Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
terjemahan surah Ghafir ayat 8
Adik Prof MKI, Pn Azlina Ibrahim dan cikgu Razali seorang penulis juga.
Dato Zaini Arif, penulis buku bersama Prof MKI.
Tengah - Tn Hj Sabtu juga penulis buku.
Dua buku yang dilancarkan.
400 buku ini diberi percuma kepada yang hadir awal.
Majlis pelancaran oleh Presiden Uni KL.

Alhamdulillah.
-

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

1 comment:

mama arif said...

wah prof kamil masih duduk kat madinah ker. dah dua tahun tak jumpa prof kamil..