Monday, June 2, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasullah saw.
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksunya : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

11 hari kutinggalkan Republik ini. Alhamdulillah, semuanya agak sempurna.
Terima kasih Tuhanku.
Pokok menjalar hingga atas wakaf dengan bunganya terjuntai....
Markisa terus berbuah walaupun nampak sakit...
“Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah; Allah Yang Maha Esa. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah 

Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepadaMu dan mengakui kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Nabi Muhammad  .

Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.”
Keembung bercabang-cabang.

“Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.

Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.

Ya Allah ya Tuhanku! Peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Dikau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.”
Sisa-sisa cili.
“Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik sama ada terhadap harta, isteri dan anak-anak.

Ya Allah! Sesungguhnya daku pohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka.

Ya AlIah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.”
Daun anggur yang dimakan ulat.

.
“Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah hajiku haji yang diterima, usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, amal soleh yang makbul dan perniagaan yang tidak rugi. Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap-gelita kepada terang-benderang cahaya.

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku pohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah diriku berpuas hati dengan pemberian yang Dikau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Dikau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu.”
.
Ya Allah ya Tuhanku! Berikanlah daku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan berilah daku minum dari kolam nabiMu Muhammad suatu minuman yang sedap dan lazat yang kami tidak akan merasai dahaga seslepas itu buat selama-lamanya.

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku pohon kepadaMu kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh nabiMu Muhammad , dan daku berlindung denganMu dari kejahatan seperti yang dipohon perlindungan oleh nabiMu Muhammad .

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku pohon daripadaMu syurga dan nikmatnya juga daripada apa-apa yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa-apa jua yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.
Keladi dimakan ulat.


Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya banyak tanggungan-tanggunganku terhadapMu dan di antara daku dengan makhlukMu.

Ya Allah ya Tuhanku! Apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, maka ampunkanlah, apa-apa juga kesalahan di antara daku dan makhlukMu, maka daku minta Dikau tanggungkan untukku. Dan kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu dari kurniaan selainMu. Ya Tuhan Yang Maha Luas Keampunan.

Ya Allah! Sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan  Dikau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan, ampunilah dosaku!
.
Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya hambaMu pohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-menyebut namaMu, barang-barang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga, dan keselamatan dari neraka, dengan kasihan belasMu ya Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Pengampun.
Ya Tuhanku! Tambahkanlah ilmu kepadaku dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yang baik.
Langsiur/ Birdnest.
Tak sabar nak tengok pokok ni menutupi ruang.
Alhamdulillah, semuanya elok
Saya baru selesai membuang /merumput/ mencantas pokok-pokok ini.
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata maksudnya. : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

4 comments:

Dr Singa said...

projek moss tak jadik eh mamaju?

Hjh Noralenna Abbas said...

Aamiin, Aamiin....semoga diperkenankanNya.

Dr K said...

11 hari, masih terjaga kan Mamaju..masih menghijau republik ini...alhamdullilah :)

Mai Has said...

di halaman rumah saya ada pokok daun kari dan limau.bahagia jer bila nk masak hanya petik.:-)