Thursday, June 5, 2014

SET MAKANAN HIDANGAN HARIRAYA DI PONTIAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah saw.
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
-
Balik kampung. Jalan-jalan sambil cari makan.Ke pantai Pontain. Oh! dah bertambak.


Kami ke gerai kesukaan ramai. Gerai Selera Tradisi di hadapan hospital Pontian. Dah lama kami dengar tetapi baru ini mencuba.


Kami tiba jam 6. Ketupat baru masak. Ketupatnya cantik dan kemas. Bersungguh dia menerangkan macam mana nak masak ketupat cantik..(didihkan air, rebus 3 jam untuk makan segera dan 4 jam untuk tahan lama)
Ketupat satu ikat RM 5. Burasak pun ada.Makan ketupat panas-panas memang sedap.


Sedang menunggu .. Kami memesan 2 ketul lamb, 2 ketul ayam merah, rendang daging, serunding kelapa, sayur lodeh dan sambal kacang. Bawa balik ketupat, burasak dan sambal kacang.
Semuanya RM 58. Memang berbaloi-baloi!

-
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

5 comments:

Dr Singa said...

hari-hari tak raya pun boleh makan ketupat!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Di Kuantan satu dalam seribu jumpa ketupat dalam kelonsong anyaman daun kelapa. Yang ada ketupat daun palas.

afeezz said...

kene pegi ni. pontian tu kg saya

Kakcik Nur said...

Sangat berbaloi. :)

kaknor tmj said...

ketupat dan rendang...oh sedapnya