Sunday, May 18, 2014

EMAK DAN ADIK DATANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW.

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. ﻋﻨﻬﺎ اﷲ beliau berkata: Rasulullah رﺿﻲ
SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang 
bukan daripadanya, maka ia tertolak. 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain 
berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, 
maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab (اﻟﺼﻠﺢ آﺘﺎب) bab (ﺟﻮر ﺻﻠﺢ ﻋﻠﻰ اﺻﻄﻠﺤﻮا إذا ﺑﺎب) nombor 2550. 

Alhamdulillah, emak dan adik berkunjung lagi ke rumah. Ke mana saya bawa?
Hehe tempat biasa... dekat rumah..The athmosphere
Dekat pejabat PM ada tempat makan yang kerap saya kunjungi. Cubalah popia basah dan pasemburnya. Sedap! Gerai tu dimiliki oleh imam qariah tempat saya tinggal. Imam sendiri yang membuat  kulit popia itu.
Ada banyak gerai lain juga yang sedap macam gerai sate dll
Bergambar di dataran Putra.



Kami sebenarnya teringin nak naik kereta kuda, malangnya kuda hanya ada lewat petang. Harga RM 15/ RM 20.


Hari ini bermula 'air race' di putrajaya. Saya dan emak melihat daripada kereta. Mereka yang lain berjalan ke tengah. Bagi yang berminat untuk melihat di 'Grandstand' tiket berharga beratus dan beribu..yang mahal tu khabarnya ada makan-makan dan dapat melihat kokpit dll. RM 200 yang murah? Adik saya Mohd Amin saja yang dapat tiket ni...
Emak seronok juga tengok 'air race' walaupun dari jauh.
Kredit gambar  atas dan bawah : Red Bull Air Race.
Saya ajak emak ke rumah sepupu di Bukit Mahkota.
Dr Diela menyediakan nasi dagang terengganu!
-







Harith sudah berusia setahun!
-



Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

1 comment:

Dr Singa said...

saya pun pergi semalam
nengok dari belah Cyberjaya