Wednesday, March 26, 2014

SENI DI PUBLIKA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata baik atau diam Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat , hendaklah menghormati tetamunya."
(riwayat Bukhari dan Muslim)



Publika. Macam-macam acara berunsur seni diadakan.
Ini Projek Rabak. Masing-masing mempamerkan hasil tersendiri.
-
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
(Al-Baqarah 2:207)
Ini Projek Rabak di White Box.
Galeri ini penuh dengan berbagai lukisan.
Suka dengan gaya kedai di sini. Kreatif.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208) |
Sekonyong-konyong terjumpa Najib- Art tech di White Box!
Sebenarnya Najib ada pameran hasil karya beliau di Artemis Art.


Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah 2:212)
Antara hasil karya Najib.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214
Karya Najib juga.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah 2:218
Ini di galeri lain.
Saya tidak faham ....karya ini berharga RM 85,000.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
(Al-Baqarah 2:219)



Projek Rabak.

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
(Al-Baqarah 2:224)
Projek Rabak.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:261

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

-
Sahabat Rasulullah saw.

Sahabat Baginda yang masyhur ialah Khulafa' Al Rasyidin yang empat.

Mus'ab bin Umair
Rasulullah saw mengutusnya sebagai duta orang-orang islam  ketika perjanjian Aqabah. Beliau syahid di dalam perang Uhud. Beliau juga yang diutus oleh Baginda menjadi pendakwah dan orang yang mengislamkan ramai penduduk Madinah di awal kedatangan islam.

-

2 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum

Cantikler posing2...comel

anyss said...

Assalamualaikum,
RM80k?????
nampak macam tompokan minyak tengah laut je hu hu hu hu gitulah kalau dah buta seni kan?