Tuesday, March 25, 2014

MIZZ NINA DAN ADIK SAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu 'Amr Sufyan bin Abdullah al Tsaqaf ra berkata : Aku berkata : maksudnya " Wahai Rasulullah , katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang  pun kecuali  kepadamu" Rasulullah saw bersabda: " Katakanlah, aku beriman kepada ALLAH kemudian  ISTIQAMAHlah.
(Riwayat Muslim dan Ibn Majah)
Ahad lalu di LCCT, adik saya dan suami ke Bukit Tinggi bersama rombongan Sekolah Menengah Pemanis, Segamat.
-
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(terjemahan surah Al-Baqarah 2:2)
Mizz Nina dan Noh pun ada.
Mereka nak terbang ke Krabi, Thailand.
-
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(terjemahan surah Al-Baqarah 2:3)
Moga perjalanan mereka selamat pergi balik.
Jangan lupa buah tangan....
-
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(terjemahan surah Al-Baqarah 2:4)
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(terjemahan surah Al-Baqarah 2:5)-

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
-
AL Fatihah buat muslim di MH 370.


2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Amboi, Ju....dgn mizznina :0

Kakzakie Purvit said...

Hijrah dia buat tambah manis dan ayu.. suka tengok kan Kak Ju.

Cuti sekolah ni ramai yg makan angin.