Thursday, March 27, 2014

BELON PANAS SUDAH BERMULA.... PUTRAJAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu'
(maksud hadis Riwayat al Tirmizi, al Nasa'i, Ibn Hibban dan al Hakim)
Belon panas datang lagi ke Putrajaya.
Bermula Khamis 27 Mac 2014.

Acara yang ditunggu ialah melihat peserta menaikkan belon.

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Al-A'raaf 7:2
6.51 kami memulakan perjalanan ke sini. Sewaktu tiba  mereka sedang bersiap memasang gas pemanas.

7.30 pagi masa yang sesuai untuk menyaksikan belon-belon ini ke udara.
-

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
(Al-A'raaf 7:3)
Ini 3 belon untuk orang awam merasa... RM 20. Rasalah duduk di udara walau tak lama.
. Masa kami tiba orang ramai dah beratur. Masa tu belon tak ada lagi.
-
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Al-A'raaf 7:8)



Kalau tidak silap ini belon Malaysia di ketuai Sdr Sobri.
-
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
(Al-A'raaf 7:9)

 Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al-A'raaf 7:10)
 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11
 Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12
 Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
(Al-A'raaf 7:13)
Emak pun tumpang seronok tengok belon.

 Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:14)
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
(Al-A'raaf 7:15)

Wah!, tahun ni ada belon uniklah...
-
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf 7:16

Kita perhati  satu-satu...
-
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(Al-A'raaf 7:17)


Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (maksud surah Al A'raf ayat 18)

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".


 Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Al-A'raaf 7:26)










Piknik - RM 50 untuk dua orang dan sarapan.

Suka-suka-suka
Alhamdulillah.  dapat mengembirakan anak-anak.
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(maksud surah Al-A'raaf 7:27

-
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
-
Sahabat Rasulullah saw

UTHMAN BIN MADZ'UN
Sahabat Rasulullah yang ke 14 memeluk agama islam. Beliau merupakan orang Muhajirin pertama wafat di Madinah dan orang pertama dikebumikan di perkuburan Baqi'.


3 comments:

Kakizan Omar said...

bila last daynya mama?.. macam best jer .. rasa nak pegi pulak.. :D

pt ส่าหรีสี said...

Wah bestnya tp syg tak dpt pegi, sibuk sgt.

Dr Singa said...

saya dapat masuk dalam pagar tu kak!
kena datang pagi-pagi..
kena ada kamera besar