Wednesday, October 9, 2013

PUASA / DOA DI SURAH AL BAQARAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW, keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda.


Gambar daripada majalah Al Ustaz
Ya Tuhan kami, terimakalah ( amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(maksud ayat 127 surah Al Baqarah)
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu dan anak cucu kami ( juga) umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkan kepada kami cara-cara melakukan ibadah ( haji) kami dan terimalah taubat kamii. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.
(maksud ayat 128 surah Al Baqarah)
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.
(maksud ayat 201 surah Al Baqarah)
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonggglah kami menghadapi orang-orang kafir.
(maksud ayat 250 surah Al Baqarah.)
Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepadaMu dapat ( kami) kembali.
(maksud ayat 285 surah Al Baqarah)
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
MAAFKAN KAMI, AMPUNI KAMI DAN RAHMATILAH KAMI
Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
(maksud ayat 286 surah Al Baqarah)

Sebarkan senyum sebarkan salam.
Cinta Allah Cinta Rasulullah.

5 comments:

kaknor tmj said...

terima kasih atas perkongsian ilmu, sama2 kita berdoa semoga kita bermasuk di dlm golongan org2 yg sentiasa dilindungi dan diredhai Allah dan diberi hidayah olehNya

pt ส่าหรีสี said...

assalamualaikum mama,
posting mama sentiasa bermanfaat

Hjh Noralenna Abbas said...

Sambil membaca kita berdoa. Ameen. Terima kasih Ju, banyak sebarkan ilmu yang mendatangkan kesedaran dan keinsafan.

atuk said...

Assalamualaikum Mama

baru nak cuba2 seminggu sekali...he he

Kakzakie Purvit said...

Harap-harap 9 zulhijjah ini dapat puasa Kak Ju. Lagi baik tahun ini jatuh hari isnin kan berganda-ganda ganjaran...