Friday, October 11, 2013

NABIL / DOA DI SURAH A LI IMRAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW, Keluarga dan sahabat-sahabatnya.
'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engaku berikan petunjuk kurniakanlah kepada kami RAHMAT dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.'
(maksud ayat 8 surah A Li Imraan)

Alhamdulillah Muhamad Nabil sudah tamat pengajiannya di UITM, Lendu, melaka.

Alhamdulillah dan tahniah kerana kejayaannya menerima anugerah-anugerah Dekan dan pelajar terbaik.
Terasa cepatnya masa berlalu.
Kini menunggu masa untuk menyambung pelajaran ke UITM Shah Alam pula.

'Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya. Sungguh Allah tidak menyalahi janji.'
(maksuda ayat 9 surah A Li Imraan)
'Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.'
(maksud ayat 38 surah A Li Imraan)
Nabil mengutarakan mengenai global warming dan kesannya.  Dugong yang cacat...

'Ya Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami dan    tindakan kami yang berlebihan ( dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.'
(maksuda ayat 147 surah A Li Imraan)
'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptaakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.'
(maksud ayat 191 surah A Li Imraan)

' Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman ( iaitu)" Berimanlah kamu kepada Tuhanmu". Maka kami pun beriman.'Ya Tuhan kami, ampuniilah dosa-dosa kami dan hapuskan kesalahan-kesalahan kami dan matikan kami berserta orang yang berbakti.'
(maksud ayat 192 surah A Li Imraan)
'Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji.'
(maksud ayat 194 surah A Li Imraan)







Moga Nabil berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
Jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa. Amin.

SEBARKAN SALAM.
SEBARKAN SILATURRAHIM.

4 comments:

azieazah said...

Aaminnn... turut mendoakan yang sama. Kita ibu, saling memahami perasaan.

Saya suka kesenian lukisan sebegini.

Kakzakie Purvit said...

Kalau ada rumah sendiri kelak mesti rumah Nabil akan penuh hasil lakaran tangan sendiri..

Tahniah buat Nabil dan keluarga juga..

afeezz said...

assalamualaikum...

sedih jer muka dugong cacat tu. ekspresi wajah yang berjaya... huhu

Hjh Noralenna Abbas said...

Ameen. Berkat doa dan usaha Nabil serta sokongan keluarga, akhirnya Nabil menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam pengajiannya. Terus maju Nabil.