Tuesday, October 8, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Ya Tuhan kami, sesungguhnya  Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan, dan tidak ada sesuatu pun  yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun di langit'
(maksud ayat 38 surah Ibrahim)
Daun bawang tumbuh dari  bakul bawang di laman dapur.
Ini memang kecuaian saya!
Daun bawang besar keras tidak seperti bawang biasa..

Minggu ini timun sudah ada tiga daun...


Daun muda pokok ros.

'
Ya Tuhanku, jadidkanlah aku dan anak cucuku  orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(maksud ayat 40 surah Ibrahim)
Menunggu bunga lotus muncul.

'Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari kiamat)
(maksud ayat 41 surah Ibrahim)

'Katakanlah Muhamad kepada hamba-hambaKu yang telah beriman "  hendaklah mereka melaksanakan solat, menginfakan sebahagian rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan,"
(maksud ayat 31 surah Ibrahim)
Limau nipis 


Kedondong dan getahnya.

Semut  dan kerengga.
Benih Honey Dew yang saya campak-campak di laman dapur dah tumbuh....


Salad coklat.

Rasanya dah masak ni.

Peria dah boleh dipetik.
Saya campurkan suku peria campur dengan epal dan oren, buat jus... 



Peria di laman dapur. Daun-daun di bawah sudah berwarna kuning macam nak mati.


Peria katak- langsung tak pahit!

Alhamdulillah.

Jom Cik Jah, kita berkebun....

'Dan (Al Quran) ini adalah penjelasan ( yang sempurna) bagi manusia agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran'
(maksud ayat 52 surah Ibrahim)


7 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Kalau lama tak masak, bawang pun tumbuh daun.

nyanyisunyi said...

Subhanallah
jika rajin berbudi pada tanah pasti ada hasilnya..

kaknor tmj said...

Alhamdulillah, Ju sekeluarga dah dpt menikmati hasil2 dr Republik Hijau ni. Peria tak pahit langsung, bolehla dimakan sbg ulam sgt elok menurun kadar gula dlm darah

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

buah apa yg dah masak tu....

JunAina said...

Mama Ju, hasil berbudi pada tanah. Tak sabar nak tengok teratai berkembang...

Anonymous said...

subhanallah....seronoknye mama ju boleh berkebun... teringin nak berkebun tp xblh sbb duduk apartment..

wana7370

pt ส่าหรีสี said...

subhanallah,
seronoknya dengan kepelbagaian tanaman mama