Sunday, September 22, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Oleh itu apabila engkau membaca Al Quran, maka hendaklah engkau ( terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.'
(maksud ayat 98 surah An Nahl Juz 14)
Hari ni  saya cuma meronta melihat-lihat pokok yang ada.
Water lily tu saya dah bubuh abate- sebulan sekali lebih kurang.
Saya dah tempah Lotus, ia lebih kurang macam water lili tapi batangnya meniggi tidak terendam di air. Susah nak dapatkan lotus, kata penjual kena dapatkan benih dari Thai, lepas tu pokok tu tak boleh sesuka hati dibiakkan nanti pokok induk mati. Akarnya terikut kot...
Saya nak cerita  pasal pokok peria saya yang tersangatlah cepat membesar. Saya dapatkannya daripada kakak biras di Kelantan. Buah muda sebenarnya.
Bukan main lebat daunnya. 


Sekejap aja ia dah berbunga. berpuluh-puluh bunganya. Moga tak tanggal tengah jalan.
Sedar-sedar dah berbuah tapi masih kecil.

Gambar pagi ini. Nampak besar sikit. 

Buah baru 4,5 biji.

Masih dengan salad coklat.
Kurus tinggi. Entah apa kurang...

Peria, saya tanam di tiga plastik beg.




Cili yang bantut. Dah berbulan-bulan tapi masih macam tu.

Terung berbuah lagi. Satu saja.

Pokok ubat. Jarum tujuh bilah.

Pokok ubat, teh Afrika atau south Afrika. Dapat dari Darul Syifa Bangi.
Pahit sesangat!

Bunga kangkung.





Menyemai cara salah .( sayalah tu..)

Ni baru betu.l


Helicornia dan kaduk.


Alhamdulillah.
Itu saja untuk hari ini.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.

6 comments:

Unknown said...

Saya tak suka berkebun sebab malas nak jaga. Kar rumah saya cuma ada pokok pisang, pandan, serai dan kantan.

Hjh Noralenna Abbas said...

Bunga putih tu barulah bunga kangkung,Ju. Nak tanam sayur, tak siapa nak makan. Jadi perhiasan laman.

pt ส่าหรีสี said...

Nampak segar republik taman hijau mamaju.

JunAina said...

Seronok dapat tanam2 suka tengok pokok tapi saya tangan panas tanam susah nak hidup kalau hidup pun spt 'hidup segan mati tak mahu' selalu tanam-menanam ni saya serah kepada suami ja.

Dr Singa said...

Boleh buat kerepek daun kaduk tu!

Kakzakie Purvit said...

Suburnya pokok kaduk tu Kak Ju. Kalau kakak dapat habis semua pucuk dia...