Tuesday, September 24, 2013

LUKISAN HATI/ KISAH NABI IBRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bertempat di MATRADE, Jln Duta telah berlangsung expo seni 2013.
Banyak hasil seni karya dari serata dunia dipamerkan.

-
'Sesungguhnya Nabi Ibrahim penyabar, lembut hati ( bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti'
(maksud ayat 75 surah Hud)

Antara karya seni luar negara. RM 28 ribu.
-
'Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata  " Salam sejahtera kepadamu" (wahai Ibrahim) Nabi Ibrahin menjawab " Salam sejahtera kepada kamu" Maka tidak berapa lama selepas itu ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang. Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka.( melihat kecemasannya.) Mereka berkata "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut( untuk membinasakan mereka.).
(maksud ayat 69, 70 surah Hud)
-
'Dan isterinya pada ketika itu berdiri ( mendengar) lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya.) Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya ( melalui malaikat itu) bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishaq dan sesudah Ishaq ( ia akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
(maksud ayat 71 surah Hud)



Banyak hasil seni dari Malaysia dibawa oleh Galeri mengumpul karya seni.
-
'Isterinya berkata "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku juga sudah tua! Sesungguhnya kejadian ini suatu yang menghairankan" Malaikat2 itu berkata "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah?
(maksud ayat 72, 73 surah Hud)
-

Ada lukisan berharga RM 100,000 ke atas.


Indonesia.
-
'Dan ( ingatlah) tatkala Nabi Ibrahin berdoa dengan berkata " Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.'
(maksud ayat 35 surah Ibrahim)

Korea.
-
' Segala puji tertentu bagi Allah yang telah mengurniakan kepadku semasa aku tua: Ismail dan Ishaq ,Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan memperkenankan doa  permohonan.


Korea.
'Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.;'
(maksud ayat 39,40 surah Ibrahim)

Malaysia. RM 60,000
-
;Dan bacakanlah (wahai Muhamad) di dalam kitab ( Al Quran) ini perihal Nabi Ibrahim : sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar lagi menjadi nabi'
(maksud ayat 41 surah Maryam)
' Wahai ayahku, janganlah ayahku menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatnya.(Bapanya) menjawab " Patutkah engkau membenci tuhan-tuhanku wahai Ibrahim?" Demi sesungguhnya ! Jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihatiku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan ( ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan aku sepanjang masa"
(maksud ayat 44, 46 surah Maryam)
'Selamat tinggallah ayah, aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu: sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan IhsanNya kepadaku."
(maksud ayat 47 surah Maryam)
'Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah,kami kurniakan kepadanya Iahaq (anaknya) dan Yacub ( cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi. Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami  dan Kami jadikan  bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.'
(maksud ayat 49,50 surah Maryam)


Karya Zuklifli Yusuf dalam kategori Great Malaysia Contemporary Art di bawah CORE Design Gallery.
Karya Hamir Soib dalam  Great Malaysia Contemporari Art- Core Design.


Terimakasih kepada Core Design kerana menghadiahkan buku untuk saya.
Fadli Yusof dengan Malang Malala.

Hamir antara artis komtemporari negara,

Muka pintu.

Di luar dewan terserempak teman lama Dr Rushdan, tak sangka Dr pun minat seni.

Alhamdulillah.


CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.





10 comments:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum Kak
PUas menjejak blog akak, masih ingat saya? kita pernah jumpa di pertemuan blogger di rumah Pak Ngah Hamzah di Senawang..

Hebat2 betul lukisan ni kan..anak2 sy memang ada bakat melukis cuma sekarang mereka dah kurang melukis.

afeezz said...

assalamualaikum mama

hanya pencinta seni yang memahami maksud tersirat di dalam karya mereka

Hjh Noralenna Abbas said...

Kalaulah ikan koi di kolam koi saya sebesar seperti lukisan, bagaimana ye?

pt ส่าหรีสี said...
This comment has been removed by the author.
kaknor tmj said...

assalammualaikum Ju, kak minat juga seni visual ni, tp kadang2 kak tak faham kenapalah harganya jadi mahal sgt padahal simple je lukisan tu contohnya lukisan tingkap tu lainlah klu ianya hasil karya pelukis2 terkenal spt Picasso, van de gogh, lenardo de vincci (maaf klu salah eja)

Kakzakie said...

Cantik dan menarik semuanya kak Ju...

Lagi kakak terpikat tentang suroh Hud yg dikatakan ajiab oleh isteri nabi Ibrahim sebab boleh melahirkan lagi walau sudah tua. Begitulah kalau Allah berkehendak yg tua pun boleh melahirkan dan yg muda tak dapat-dapat cahayamata...

Kisah dlm suroh Hud ini kakak suka:)

Dr Singa said...

ikan koi tu nak ngap kelapa mamaju!!

makcikkantin said...

seni korea tu...seni bungkus....hanya org seni yg appreciate seni seni yg unik kan

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
Hebat...paling Ti suka pose puteri mama bersama Malang Malala..

che mid said...

Cantik-cantik gambar tu bagi yang pandai menghargainya.. subhanallah..