Kami tiba ke Pekan Segamat . Masa tu kereta api nak lalu, jadi kena tunggulah... - Ini petikan cerita sejarah Segamat. .. |
Pasal Segamat, penulis banyak mendapat respond dari penyimpan sejarah yang mengatakan “jika hendak mengenal Segamat, kenal dulu sejarah sungainya”. Al-kisah Bendahara Tepok yang lumpuh, lari dari Melaka untuk meyelamatkan diri bersama anak-anak buahnya. Oleh kerana sukarnya menyelusuri jalan darat, baginda menggunakan sungai untuk memudahkan perjalanan hingga sampai di satu tempat yang selamat. Lokasi tersebut digambarkan sangat indah dengan pasir memutih dan air nyaman. Ketika dibawa mandi baginda tersangat puas dan berkata ‘segar amat’. Itulah asal nama Segamat. Selang beberapa keturunan sekitar Sungai Segamat meriah dengan kegiatan social dan ekonomi. Beberapa pengkalan untuk orang tempatan berdagang mula wujud. Yang paling popular adalah Pengkalan Esah. Selain kegiatan ekonomi, masyarakat di situ menggunakan sungai sebagai aktiviti hiburan dengan aktiviti yang dianggap seronok masa itu. Namun banjir besar 1926 telah meranapkan semua kemeriahan Sungai Segamat. Terkini banjir besar 2007. Juga kisah tersebarnya penyakit kusta, menjadikan sungai segamat bertambah muram. Dan sekarang tiada apa lagi yang dapat dilihat kecuali sekadar air yang mengalir.
Wajah Pekan Buluh Kasap. Dari Pekan Segamat, kami ke Pekan Buloh Kasap. Di situlah terletaknya Jambatan putus! |
Banguna lama 1920an masih banyak. |
Inilah Jambatan Putus. |
Sayang ... tidak ada papan tanda atau apa-apa keterangan mengenai Jambatan ini. |
Kelihatan jambatan sekarang |
Jambatan Putus. Segamat adalah antara kawasan hebat bagi Jepun. Perebutan kuasa dengan British, menjadikan Jambatan ini sebagai sasaran bom oleh tentera British. Tujuannya supaya dapat melambatkan pergerakan tentera Jepun keluar dari Segamat untuk mara ke kawasan strategiknya. Tapi Jepun tak mati akal, dipotongnya pokok-pokok getah dan timbunkan ke dalam sungai supaya mudah diseberangi, dipikulnya basikal masing-masing. Hingga kini, Jambatan ini masih kekal dibiarkan sebegitu sebagai peringatan dan menjadi monumen sejarah yang boleh dilihat.
Kehebatan Jepun menguasai Tanah Melayu hanya dalam tempoh 2 tahun, buat kita terfikir2, apakah ilmu yang digunakan hingga mendapat kejayaan mudah untuk menjajah? O.. sebelum Jepun masuk ke Tanah Melayu, telah lama perisik-perisik Jepun menjalankan tugasnya disini. Perisik Jepun ini terdiri dari peniaga, doktor, tukang gunting rambut (gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut) Mereka berkhidmat disini dalam tempoh beberapa lama sambil menjadi agen memberi maklumat rahsia geografi Tanah Melayu kepada ketenteraan Jepun
(petikan artikel - google )
Kami bermalam di rumah cikgu Kadir dan cikgu Radziah di Bumbun tak jauh dari bandar Segamat. Nyaman di sini... |
Sampai terus makan! Cikgu Kadir buat soto! Cikgu Kadir memang pandai memasak... |
Alhamdulillah. - TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH. |
3 comments:
ini saya tak pernah sampai... lama dah nak pergi..
kenapaaaa lah di cat warna gitu!!!!???
Cat warna bendera Malaysia! Harap jambatan putus di Buluh Kasap dijaga dengan baik serta diceriakan lagi.
nak share jugak, antara peyumbang kekalahan kita dulu, musuh dapat hidu bila tentera kita nak pergi operasi- setiap kali isteri pulun beli barang basah, pastu gi cerita ngan taukey yg jual barang basah... sampai sekarang perkara ni berlaku
Post a Comment