Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Dan demi sesungguhnya KAMI telah hubungkan turunnya firman-firman KAMI ( Al Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan. ( lalu beriman)'
(maksud ayat 51 surah Al Qasas Juz 20)
|
Bandar Segamat. Banyak bangunan lama telah dicat warni warni. Suka tengok bangunan yang memaparkan tarikh ia dibina. |
|
'Orang-orang yang KAMI beri kitab sebelum turunnya Al Quran mereka beriman kepadanya. Dan apabila Al Quran itu dibacakan kepada mereka, mereka berkata : "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami: sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telah pun mematuhinya" Mereka itu akan diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka menderma dari apa yang KAMI kurniakan kepada mereka.
(maksud ayat 52,53 , 54 surah Al Qasas) |
|
Kami berpeluang ke Kediaman Jurutera Daerah JKR Segamat. Tuan Hj Ir Azizan Dahari. |
|
Saya amat teruja dengan rumah lama ini. |
|
Menurut Tuan Hj Ir Azizan Dahari , beliau adalah jurutera ke 30 yang menduduki rumah ini.
Mengikut Laman Web JKR Segamat , jurutera pertama Mr J.M Belling mula berkhidmat pada tahun 1938 |
|
Assalammualaikum.. |
|
Kami disambut oleh Pn Asiah dengan ramahnya. |
|
Reka bentuk dalaman. |
|
Kami berbesar hati kerana dapat menghubungkan tali silaturrahim di sini.
Inilah Ir Azizan dan isterinya Pn Asiah. Sebelah beliau Cikgu Kadir.
Terimakasih keran menjamu kami dengan kuih muih yang lazat-lazat! |
|
Anak bungsu beliau berkawan baik dengan anak saudara saya. |
|
Makanlah jangan tak makan!
Memang kami betul-betul makan! |
|
Kami mengenang kembali detik lalu, 8 dari kami di atas pernah bermustautin di Manchester satu masa dulu.....
Terimakasih.
Jom ke rumah kami pula...
'dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia mereka berpaling kepadanya sambil berkata " Bagi kami amal kami, dan bagi kamu pula amal kamu, selamat tinggallah kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil'
(maksud ayat 55 surah Al Qasas)
' Dan Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat dan hanya Dialah ynag berkuasa menghukum serta kepadaNyalah kamu semua dikembaliakan'
(maksud ayat 70 surah Al Qasas)
TAAT ALLAH TAAT RASULLAH
TAAT IBU AYAH.
|
4 comments:
cantikkkk nya rumah lama tu!!
sukanya saya nengok!!!
kayu dinding tu.. tingkap tu!!
mesti sejukkan kat dalam...?
Jadi rumah antik ni Kak Ju ye.
Bertemu kawan lama kiranya Kak Ju ni. Dulu sama-sama merantau dinegara org.
cantik sangat rumah tu. Hasil kerja orang dulu2 mmg sangat seni, kemas dan tahan lama.
Auntie Ju.. U are always welcome to our house again =D
Post a Comment