Wednesday, June 5, 2013

CABARAN KE GUNUNG BRINCANG/ MOSSY FOREST.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Wahai Tuhan kami, terimalah sembahyang kami dengan sempurnanya,ampunkan segala dosa kami semuanya dan janganlah Engkau azabkan kami di hari akhirat. Bahawasanya Engkau atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Amin.
Saya beriya-ya mahu ke Mossy Forest, Gunung Brincang.
Tengok dah dari blogger-blogger lain. Nampak macam ok . Mereka mengatakan kereta boleh sampai ke atas!
-
Dari bandar ada tertulis 12 km sahaja untuk ke sini. Tak jauh pun dari Hotel Equatorial....
(Masa ni tak terbayang pun 12 km jalan sempit, bengkak bengkuk dan mendaki...)

Maka ke sanalah kami. Dari bawah hingga ke kawasan ladang Teh Boh jalan sempit.
Dari sini , kami tak jumpa papan tanda Mossy Forest...Ada tertulis Gunung Brincang tapi tak pasti nak ke kiri atau kanan...Kami terus ke kiri ada tertulis papan tanda strawberi farm 0.3 km. Jalan semakin sempit, tiada sebuah kenderaan pun lalu di sini. Jalan sangat sempit , curam dan ada masa mendaki. Kadang terbau hangit kereta....
Kami berdebar-debar kerana tak pasti arah tuju. Suasana sepi sekali.
Kami lalu strawberi farm yang dirasakan sangat jauh! Nun di sana saya nampak seorang pekerja, saya melambai-lambai kearahnya. Hehe dia lambai saya balik! Sebenarnya saya inginkan kepastian darinya!

Dia seorang pekerja bangla yang tak tahu berbahasa melayu. Kami pun bercakap macam ayam dan itik. Lama-lama dia ada menyebut laluan ke Gunung Brincang  2 km! Macam tak percaya....Tapi alhamdulillah.

Tak tahu berapa jauh mendaki akhirnya sampai ke persimpangan jalan- ada papan tanda Gunung Brincang. Di hadapan ada pondok .Mana  nak di tuju?
Memang dah tinggi dah, tapi nak ke mana selepas ini?
-
Tiba-tiba ada van pelancong dan saya cuba bertanya kepada pemandu.
"10 minit dari sini!"


Terus melalui jalan ini .
Ada pondok pengawal yang penuh dengan pokok hutan.

Di pertengahan jalan terjumpa pelancong. 
Kawasan agak gelap dan lumut ada di mana-mana.


Lepas tu kami tak jumpa sesiapa pun. Perjalanan seperti nak ke negara antah berantah.

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai  ke Mossy Forest.
Kami temui ramai pelancong di sini.
Saya memang ingin bawa anak-anak dan emak ke sini- nak tunjuk betapa cantik dan hebatnya keajaiban tempat indah ciptaan Allah ini. Tidak ada tempat lain yang buminya dan pokok-pokoknya ditutupi lumut!

Emak bayangkan lumut terbentang di mana-mana.
Kena naik tangga agak tinggi. " Boleh mak?". Emak kata dia cuba, nampak emak bersungguh, kami pun senang hati.

Agak istimewalah mendaki dengan disediakan tangga. Boleh berbaju kurung lagi.
Sambil berjalan bolehlah menyaksikan pohon-pohon hutan dan lumut! Cuma tangga ni turun naik...

Elok benar kami tiba tidak bersama dengan kereta-kereta lain. Kalau teruskan perjalanan dalam 1, 2 km boleh memanjat tangga tinjau. Katanya boleh nampak Ipoh dari kejauhan.

Emak teruskan perjalanan.

Pemandangan memang cantik!




Pokok-pokok dipenuhi lumut!





Perjalanan bertangga  yang disediakan anggaran 1 km.Disediakan juga wakaf.  Selepas itu ada denai untuk sampai ke Gunung (tak ingat nama) memakan masa dua jam untuk sampai.

Subhanaallah, sangat cantik!
-
Gambar kurang menyerlah.
(bersambung)
-

Ya Allah, akhirkan umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Tuhan akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Amin.

-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


8 comments:

Bunda_nora said...

assalamualaikum,

sebut pasal panjat2 bukit ni...bunda teringat zaman sekolah dulu pernah mendaki Bukit Maxwell kat Taiping...sekarang dikenali Bukit Larut...

Tiping tempat bunda...tiap bulan bunda balik sana..

Kakcik Seroja said...

Seronoknya menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. :)

kaknor tmj said...

salam Ju, seluruh keluarga Ju adventures termasuk mak Ju, Alhamdulillah beliau masih mampu berjalan dan mendaki.

Dr Singa said...

Salam Mamaju
Saya tumpang nengok je lah Mossy Forest ni
Nak ke sana.. tak sanggup saya nak berpening2 mendaki ke Cameron
Saya pening..
:(

Kakzakie Purvit said...

Ingatkan ke dunia antah-berantah ye sekali tiba aduhai indahnya. Mak pun boleh tahan kuat.

Si kecik yg menyelit aje dgn Ulfa tu siapa Kak Ju?

Dr K said...

MamaJu bayangkan ya...Pagi2 subuh dah boleh naik jalan yg sempit, sepi tu...Utk panjat menara tinjau, ambik gambar sunrise..Saya seorang diri masa tu, tak berani...hihihih..Kalau ada kawan2, saya ok aja

Anonymous said...

wah menarik sungguh ni !

afeezz said...

macam menarik tmpt ni... bole masuk dalam senarai xtvt klu ke cameron nnt