Monday, June 3, 2013

CAMERON HIGHLANDS AKU DATANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemura lagi Maha Mengasihani.
Jom ke Cameron highlands
Saya berkenaan dengan  rumah gaya Tudor abad ke 6 di Mardi. Dua bulan lalu saya menelefon ke sini, malangnya  kediaman ini sudah ditempah! Sewa semalam anggaran RM 300 semalam. Ada dua bilik.
Mardi juga menyediakan apartment tiga bilik. Harga anggaran RM 200/250 semalam.
Kami ke Cameron melalui Simpang Pulai 50 km ke Kg Raja. Dari sini 20 km  lagi ke  Brincang, CH.
Jalannya luas, tidak seperti dari Tapah, walau pun ianya agak jauh dari Kuala Lumpur.

Jika membuat lawatan singkat, berkunjunglah ke Mardi. Semua ada. Bayaran RM 3 seorang.
Suasana ala-ala Eropah.
Bermula pada tahun 1925 dengan nama Stesen Experimen Persekutuan dengan experimen pertama terhadap teh dan kopi .
Bunga-bunga yang cantik.

Kawasan seluas 100 ekar dibahagikan kepada empat zon- tanam agroteknologi, kawasan berteknologi tinggi, tanaman terbuka dan tanah cerun dengan hasil tanaman yang sukar di dapati di kawasan khatulistiwa seperti buah cinta Tamarilo ( buah tomata berperisa markisa ) kiwi, anggur isabela, rasberi.

Macam bunga plastik.( bunga vines tercantik dari Filipina Jade Vine )
Subhanallah, sangat menakjudkan, lebah-lebah ini terbang rendah dan  sentiasa berkumpul di situ.






Strawberi pun ada. Ada dijual home mada ice cream RM 2.50.


Kami parkir kereta di banglo pekerja. Dari situ turun ke kawasan sayur./buah.
Bau busuk agak kuat! baja apa yang digunakan?
Di belakang pokok teh.
Kilang Teh mula diperkenalkan semula kepada pengunjung.( Kilang teh yang beroperasi tahun 1983)

Epal. Boleh pandang tak boleh pegang....dalam pagar.


Tomato.
Emak ke kebun sayur.
Salad yang tumbuh segar. Beli biji benih RM3.00


Emak ambil gambar kami.






Rosmari, macam pokok hutan...besar dan tinggi.
Asparagus dibiarkan tua.












Mardi ditutup untuk lawatan jam 5 petang. Kami akhiri dengan ke pusat membeli belah seketika.

Rancangan terbaru Mardi ialah membina laluan kabel dari Mardi ke ladang teh Boh., pembinaan kolam ikan musin sejuk  untk ikan Trout dan Strugeon dan pembukaan Spa herba.
Selesai .
Puas hati.

-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.


8 comments:

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Seronoknya berjalan :)

afeezz said...

dah lama tak ke CH...

Dr Singa said...

saya nengok gambar aje lah..
saya tak suka jalan yang bengkang bengkok ke sana tu..

Kakzakie said...

Oh.. bestnya Kak Ju. Emak pun pandai tangkap gambar ok cantik!! Tahniah mak:)

Kalau dah hidup pokok salad itu bolehlah tunjuk dlm blog kelak. Salad merah tu rangup tau Kak Ju. Sedap.

alenna abbas said...

Wah! Mak pun dah boleh klik klik, sharp shooter. Saya suka ke CH. Berangan nak bermalam di The Smoke House but tak mampu.Nak merasa ala-ala English gitu. Tapi,hmmmmm, the very rish n famous boleh lah!

Daddy Ziyyad said...

salam mamaJu..

Saya ada pergi ke kawasan mardi ni...Banglo/apartment tu kalau org luar( bukan staff), boleh sewa ke?

sudipVSsenduk said...

baru balik dr CH setelah 10 tahun tak ke sana

Kesuma Angsana said...

CH memang bestlah cuma x sesejuk dulu2 kan !