Monday, April 29, 2013

PESTA BUKU LAGI.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian , tidak hiraukan  persediaan  baginya.'
' Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu : satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya.'
(maksud ayat 1, 2 surah Al Anbiyaa' Juz 17)
'
Bersama bodyguard ke Pesta buku lagi.(Ahad)
Tengok dulu di mana booth yang kita kehendaki  di papan tanda yang disediakan. Kalau nak kepuasan maksimalah...
Ruang banyak dan bertingkat-tingkat.
Saya memang nak ke Galeri Ilmu.
Dr Shukri sedang di temubual.
-
'Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI pada asal mulanya bercantum ( sebagai benda yang satu)  Lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(maksud ayat 30 surah al Anbiyaa')
Tiba-tiba saya bertemu Cikgu Razali dan isterinya Cikgu Azlina, adik Prof Kamil Ibrahim.
Di rumah tadi, saya baru terbaca mereka masih dalam perjalanan  dari Pahang.
Top-top dah sampai. Alhamdulillah.
-
'Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung ganangyang menetapnya,supaya bumi ini tidak mengegar mereka, : dan Kami jadikan padanya  celah-celah  sebagai  jalan-jalan lalu lalang , supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani'
(maksud ayat 31 surah An Anbiyaa')
Macam berjanji pulak dengan Azrin. Memang dah lama nak jumpa dan makan-makan.
Rasanya dah setahun tak jumpa.
Ini di booth  Kerajaan Arab Saudi.
Jejaka-jejaka Arab sedang bertugas.
-
'Dan Kami telah menjadikan langit sebagai  bumbung yang terpelihara dan terkawal , sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan) yang ada padanya.'
(maksud ayat 31 surah al Anbiyaa')

Kawan suami saya semasa di UKM dulu- Prof Bukhari Lubis.






Datok Samad Said duduk bersebelahan booth Dubook.
-
'Dan dialah (Tuhan)  yang telah menjadikan malam dan siang , serta matahari dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing ( di angkasa lepas)
(maksud ayat 33 surah an Anbiyaa')

Lama juga duduk di sini dengar penulis buku - Perisai untuk Wanita-  memperkatakan tentang bukunya.
Peringatan khasnya untuk anak gadis, siap lakonan lagi. Menarik sekali.
Dua tokoh popular.
Hari-hari dengar suara Sheikh Mishary Rashid tapi terlupa nak google tengok wajahnya!



Alhamdulillah, selesai untuk hari ini.


Parkir agak jauh, di Open U. Rupanya U Malaysia- Wales teletak di sini juga.
Lapar.
Makan di kedai yang tengah popular dengan ayam Korea!
Alhamdulillah.

'Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan: dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.'
(maksud ayat 35 surah al Anbiyaa')
-
Jom pulun baca buku !
-
Hehe hari ni (Isnin) saya ke sana lagi!
Alhamdulillah.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

4 comments:

Dr K said...

Salam mamaju....byk borong buku? :)

Wah, Datuk Samad Said pun ada...saya dah lama teringin nak bergambar dgn beliau :)

CekWa said...

Seronoknya dpt borong buku...

mamaina said...

WAH..JELES TAHAP GABAN NI SEBAB TAK DAPAT PI BORONG BUKU...
PALING SUKA BUKU KANAK2 DARI OBERSEE YG CANTIK DAN KREATIF...

H A N said...

Salam...

Menyinggah dari blog org lain, t'tarik dengan kisah pasal pesta buku kat PWTC... sebab... tahun ni saya tak b'kesempatan ke sana hu3...

Tinggal kat Pahang?...