Wednesday, May 1, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'...Dan ( ingatlah satu bukti lagi) : Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya ( dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tananam yang indah permai.'
(maksud ayat 5 surah Al Hajj)

Pokok diambil dari bilik Ulfa.
Anggur belajar memanjat.


Macam buah anggur tapi sebenarnya mulberi yang dah masak. Buahnya kecil sangat. Bila dah hitam, rasanya manis.

Mulberi merah, agak masam rasanya.

 




Mulberi muda.
Hasil cakaran di tanah...kunyit.
Saya mengalihkan pokok kunyit. Terjumpa satu pokok yang seperti daun kunyit.
Saya keliru...Gambar daun kunyit yang kecil, dan daun yang saya keliru..


Buah dari pokok yang saya keliru tadi. Apakah ia Temu Lawak?
Daun kunyit.



Kacang panjang.
Ficus Pumila. Menjalar keseluruh alam! ( gambar internet)


Ficus Pumila atau Ara Jalar. Dah lama saya 'letak tepi'
Sekarang teringin nak ia melekap ke dinding dan menjalar-jalar !
hehe saya gamkan ia ke dinding. Ia mempunyai akar yang melekap ke dinding atau batang pokok.
Pokok ini berguna untuk perubatan tradisional.
Mengalih-alihkan anak pokok ke beg semaian.

Lengkuas kecil  yang kami tanam dalam pasu. Suka dengan lengkuas ni. Lengkuas besar tu, memang tak larat nak ambil isinya!

Limau kasturi.
Buah Markisa sudah boleh dipetik. Rasa masam-masam manis.
Rumpai yang banyak di celah-celah pasu ini di namakan Salad pepperomia atau sirih bunian,
Boleh dimakan.




Pokok yang selalu kita lihat di tepi longkang dan ia antara rumpai yang selalu kita buang ini dinamakan Pokok Dukung Anak.@ Pilantus Niruri. Ia mempunyai buah yang kecil berwarna merah dan hijau. Kadang ia di panggil Pokok Amin Buah. Ia dikatakan digunakan dalam perubatan tradisonal.


Alhamdulillah.


CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Suka ye bila tengok tanaman menjadi. Saya sangka rumah yang pokok menjalar tu, rumah Ju,rupanya baru nak cuba ye. Bila ye nak lebat. Selamat berhujung minggu, Ju.

Dr Singa said...

hahahhahaaaaaaaaaa!!
kesian ficus tu kena paksa lekatkan diri kat dinding!!!

Denos telbat said...

salam... nak tanya ficus pumila tu ada jual kat nursery ker?

Anonymous said...

nak tanya, boleh bagi sikit benih pokok lengkuas untuk saya tanam, atau jual? tolong kontek saya di 016 3659191.

suhana ibrahim said...

As salam..
Boleh jualkan sedikit rizom lengkuas kecil tu pd sy tak, sy amat berminat nk tanam..
tq