Wednesday, April 10, 2013

29 JAMADIL AWAL - REPUBLIK TAMAN HIJAU.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.




Buah Mulberi. Rasanya masam dan ada sedikit manis..Dah rasa sewaktu buah pertama kali.( Gambar daripada blog Silampuneon)
Ini pokok Mulberi. Dibeli semasa MAHA 2012 dulu. Hidup subur, daunnya hijau.Dah mula mengeluarkan buah. Buahnya cantik, masak berwarna  gelap.. Saya terbayang meletakkanya di Pavlova saya. Ia juga di namakan daun ulat sutera  .
Ini ciku mega. Beli di MAHA  dulu-dulu.
Ciku tu berkongsi rasa dengan saudara tupai. Dua-dua ciku besar tu dia bawa balik!
Saya beli bunga ini dua minggu sudah di SACC, Shah Alam. Pokok menjalar. Cepat betl ia membesar.
Saya membelinya untuk mengembalikan nostalgia terhadap arwah makcik saya. Bunga ini banyak di rumahnya.
Saya tak tahu apa nama pokok bunga ini.
-
Google- Pokok Air Mata Pengantin.! ( Antigonon Leptopus) Bunganya kecil-kecil berwarna merah jambu berkelompok.
Pokok kemuning ini dibeli di Pesta Floral di Putrajaya 2012, Tingginya sudah semeter. Ia kerap berbunga dan berbau wangi  lembut.
Ini pokok chempaka. Bunganya berkembang hanya sehari.
Entah berapa lama saya tinggalkan pokok ini. top-top dah kering!
Sebenarnya pokok ini dah mati.!
Saya ada dua pasu pokok kesidang. Dua-dua sudah berbunga.
Selepas dibaja, daun-daun terus keluar dengan banyaknya diikuti dengan bunga pada tiap dahan.
Pokok kenanga pemberian arwah abah ni dah lama, adalah dalam 4 tahun,
Ia tak membesar macam di rumah emak.
Alhamdulillah ia sentiasa berbunga.




Ini pokok Ceraka Biru. atau Plambago Mudah tumbuh, sukakan cahaya matahari, tetapi kalau kena hujan bunga-bunganya akan terkulai layu.
Bunga Lidah kucing atau Bunga Pukul Lapan (Tumera Ulmifolia)
Nak tanam pokok ni senang , patah-patah batangnya dan cucuk  ke tanah!
Ini Helicornia Rostrata.
Dulu ada Helicornia Stricta, tapi dah mati.
Teringin nak memindahkannya ke dalam pasu. Tapi perdunya dalam, tak terdaya !






Kiambang yang saya minta daripada nurseri. Ia berkembang cepat dan akan memenuhi tadahan.


Markisa yang malu.
Sisa-sisa cili padi.

Alhamdulillah.



5 comments:

Dr Singa said...

you do have green fingers!!!

atuk said...

Assalamualaikum Mama

gambar yang akhir sekali tu...pedas membara...he he

afeezz said...

nak sikit buah ciku...

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah...kurniaan Allah buat hambanya.

GO GREEN said...

Salam... mulberi tu tanam brapa lama blh dpt buah cantik mcm tu? Lynn br belajar menanam.. Mexican Creeper (Antigonon) tu cantik sgt.. kalau ada keratan btg, jual lah pd Lynn