Saturday, April 13, 2013

2 JAMADIL AKHIR - BARANG LAMA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiya diri sendiri: oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya -akan dosaku'
(maksud ayat 16 surah al Qasas)
Gara-gara ke LOKL,
 Saya membelek-belek barang lama di bawah tangga.
Hasilnya......
Saya letakkannya di ruang pintu masuk utama.
Sebenarnya saya ada bertanya  pada emak -" di mana barang-barang lama atau tembaga atok?"
Emak kata, sewaktu orang menyewa rumah tu berpindah ( kerana tak bayar...) barang-barang tu hilang sekali!
heem, terkenang-kenang.
Saya juga teringat katil besi atok tapi  emak kata dah karat dan entah ke mana....sayangnya saya lambat menghargainya.
-
;Wahai Tuhank, selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim'
(maksud ayat 21 surah al Qasas)
Mesin jahit terpakai  ni banyak juga berjasa. Saya beli dulu-dulu zaman anak dara dari sebuah kedai jahit di Flat Kerinci, KL.( Saya tinggal di sini.)
Harga.. dalam  RM 200.
Suami saya juga ada mesin jahit singer, beli terpakai  di car boot sale. Harga £5!
-




 Balik kampung nak geledah barang-barang lama emak!
-

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan'
(maksud ayat 24 surah al Qasas)

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakan amal.

2 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,
frame gambar di dinding tu nampak antik juga, dibuat dr tembaga ke
kak rasa tak lama lg bertambah koleksi antic Ju

afeezz said...

assalamualaikum mama

arwah mak saya dulu penah guna mesin jahit raliegh tu. and cerek tembaga tu ade sebijik kat rumah saya...