Tuesday, April 9, 2013

YOUNG WRITERS AWARD CEREMONY

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhanku! Sesunggunya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tiak mempunyai pengetahuan mengenainya: dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku daripada orang-orang yang rugi.'
(maksud ayat 47 surah Hud)
Bertempat di  Hotel Marriot pada 6 April lalu, satu majlis 'Young  Writers award ceremony' telah diadakan.
Ia anjuran New Strait Times.
-
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan NABI NUH lalu ia memberitahu kaumnya  dengan berkata"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu. Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah: sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembahnyang lainnya)kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan."
(maksud ayat 25,26 surah Hud Juz 12)

Ulfa hanya menemani Sabriana yang namanya tercatat sebagai antara 'young writers'
Mereka berpakaian ikut tema ' hobbit'
-
" Dan kepada kaum Aad Kami utuskan saudara mereka: NABI HUD , ia berkata "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya rtiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta ( terhadap Allah)'
(maksud ayat 50 surah Hud)
Sabrina- pelajar pintar dari Mahaad Hamidiah, Kajang di pentas.
-
'Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: NABI SOLEH , ia berkata "Wahai kaunku sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya.Oleh itu mintalah ampun kepada ALLAH dari perbuatan syirik kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya TUHANKU SENTIASA DEKAT LAGI SENTIASA MEMPERKENANLKAN PERMOHONAN HAMBANYA.'"
(maksud ayat 61 surah Hud)


'Sesungunya NABI IBRAHIM, penyabar, lembut hati ( bertimbang rasa) lagi suka kembali kepasa Allah dengan mengerjakan amal bakti.'
(maksud ayat 75 surah Hud)

Semuanya dari Mahaad Hamidiah.
Amir, pelajar paling cemerlang SPM di Mahaad  menjadi antara penulis artikel terbaik.
-
'...NABI LUT berkata"Wahai kaumku! Di sini ada anak- anakmperempuan, mereka lebih suci bagi kamu(maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu akan Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku menegani tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal ( yang dapat memberi nasihat?)
Mereka menjawab" sesungguhnya engkau telah pun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki"
(maksud ayat 78,79 surah Hud)

Tiap tahun NST menganjurkan program ini.
Kepada anak-anak, rajin-rajinlah menulis ke NST.
-
'Dan kepada penduduk Madyan  Kami utuskan saudara mereka NABI SYUIB . Ia berkata "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat  kamu berada dalam kemewahan dan sesunggunya aku bimbang kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah)
(maksud ayat 84 surah Hud)

'Dan sesunggunya Kami telah mengutuskan NABI MUSA dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti (Mukjizat) yang nyata. Kepada Firaun dan kamunya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.
(maksud ayat 96, 97 surah Hud)

Alhamdulillah.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

6 comments:

Dr K said...

waaahh..tahniah...saya nak baca hasil tulisannya..

Kakzakie Purvit said...

Hebatlah mereka ini. Ulfa pun ikut sama membuat penyertaan ke? Tahniah buat mereka.

Dr Singa said...

ulfa hantar tak penyertaan?

che mid said...

Suka tengok anak-anak Muslim pintar, pakej lengkap untuk menjadi pemimpin yang baik nanti.. keep it up guys!

afeezz said...

tahniah kepada yang berjaya

kaknor tmj said...

kak pun bangga dgn kebolehan pelajar2 aliran agama, serba boleh lebih2 lagi klu hafiz dan hafizah
cantik baju Ulfa...