Thursday, March 21, 2013

ULFA DAN SPM DI MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

'Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka '
( maksud ayat 201 maksud Al Baqarah )
Hari ini berdebar kerana keputusan peperikssan SPM diumunkan.
Kami ke Mahaad Hamidiah, Kajang.
Sayang sikit, tak dapat berjumpa Amirah Madihah. Dia ada pertandingan MSSDdi Stadium Kajang.
Ada 24  pelajar yang diumumkan sebagai pelajar yang mendapat 11 semua A.
Berdebar juga...
Pelajar perempuan paling cemerlang Tengku Dahiyah Tengku Nikman 10A+ 1A
Bonda Pengetua kata Maahad kalah kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang.

Ini lagilah berdebar....berapa?
Keputusan sudah ada di tangan.....

Kenalah jumpa cikgu-cikgu...ucap terimakasih.
Dapat juga jumpa Bonda Pengetua- tunjuk-tunjuklah slip keputusan. Bonda siap kira lagi...berapa A...lepas tu  cerita-cerita sikit...
Entah apalah yang dikisahkan itu....


Akhirnya bawa Ulfa Ke Restoran  Cempaka  Rimba di PKNS Bangi.
Cepat juga perkhidmatannya.
Makanan di sini memang sedap.

-

Ulfa mendapat 8A (5A+) dan 3 B+ 1 B
Alhamdulillah. OKlah tu.

'Kami dengar dan kami taat ( kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali'
(maksud ayat 285 surah Al Baqarah)

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
23/3/13 SABTU MALAM- MALAM CINTA RASUL DI DATARAN MERDEKA.





7 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Tahniah Ulfa!

Dr Singa said...

alhamdulillah..
sampaikan tahniah daripada saya kepada Ulfa..

atuk said...

Assalamualaikum Mama

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah

moga terus maju jaya

♥ Chacha said...

Alhamdulillah, sampaikan tahniah pada Ulfa ye mama Ju. :)

kaknor tmj said...

salam Ju, sampaikan salam dan ucapan tahniah kak kpd Ulfa

afeezz said...

assalamualaikum...


tahniah buat ulfa

makcikkantin said...

Tahniah buat Ulfa...