Tuesday, March 19, 2013

REPUBLIK TANGAN HIJAU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selamat datang ke Republik kami, sebuah laman kecil dari dua pasang tangan kami yang gemarkan pokok-pokok hijau....
Pintu masuk dengan kesidang dan sarang burung.
Pokok keembong pemberian emak. Masa saya kecil, pokok ini mendominasi kawasan rumah emak.
Mudah membiak kerana bijinya ringan terbang dibawa angin.
Bila buka pagar, pokok inilah yang menonjol!




Si kerengga penghias Republik kami.

Pokok bonsai yang berubah wajah...

Dulu, saya ingin bunga ini berada di laman...
Alhamdulillah rupanya dah pun menjadi.
Tanam melalui keratan batang.
Mudah tumbuh dan cepat membiak.
Bunganya silih berganti hari-hari. Berkembang hingga jam 2 petang.

  
Bila melihat Afeez menanam ros, teringin juga mencuba.
Ini pemberian emak daripada keratan batang.
Dah mula berdaun.
Saya juga ingin pokok kekacang ini menjalar di tanah, tapi setakat ini belum berjaya.
Pokok anggur ini menjulang ke udara, tetapi ia semakin kecil!
Bunga salak yang suram!

Pokok Markisa yang sesak...

Tapi malu berbuah.....
Limau 






Kami berkongsi buah longan bersama tupai....



Delima berbunga sana sini.

Daripada berpuluh-puluh bunga mangga, hanya satu yang lekat.


Berjayakah tangan hijau kami?

Alhamdulillah.

-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.




7 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama

pokok ros saya dah tak terjaga. kesian dia...

anyss said...

Assalamualaikum,
bestnya keliling rumah byk pokok

Hjh Noralenna Abbas said...

Pinggang ramping macam kerengga, cantik kalau berbaju kebaya.

Adnan Yusopp said...

Best, kalau tak ada kerja boleh jenguk dan usik-usik pokok-pokok tu bila-bila masa jer!

Dr Singa said...

tak pe..
tupai itu akan doakan bertambahlah lagi rezeki awak

Dr K said...

Salam Mamaju..

Sarang burung tu original ke? Dapat kat mana ya..

makchaq said...

Menariknya keliling rumah dipenuhi pokok2.... Makchaq pernah tanam pokok anggur, daunnya merimbun, tapi buah adalah beberapa gugus kenit2.. masam pulak tu.. agaknya memang baka anggur masam..