Sunday, March 24, 2013

CUTI SEKOLAH BERMULA/ MALAM CINTA RASUL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Abdullah bin Amr menceritakan ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw "Akhlak apakah yang paling baik?" Rasulullah menjawab " Engkau memberi makan serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak kenal"
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cuti sekolah sudah bermula.. Sdr Razi tamu petama kami.. Mereka baru pulang dari Mekah.Tamu kedua kami, Sdr Kadir sekeluarga. Alhamdulillah. Dapat kami adik beradik berjumpa.

Jom kita mulakan pengembaraan.
Pemandangan KL waktu malam ( Mid Valley)


Kami bawa ke Kembara dakwah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Malam Cinta Rasul dengan Habib Syech bin Abdul Kadir Al Saqqaf dan Al Habib Zainal Abidin  Al Hamid.
Habib Zainal Abidin (Gambar Darul Murtadza)
Habib Shech ( daripada Ahbabulmustafa blogspot.com)

Bangunan Sultan Abdul Samad.

Orang ramai. Masya Allah...
Menurut TV Hijrah  dikatakan 70 ,000 orang telah membanjiri Dataran Merdeka.

Kami hanya melihat watak utama dari sisi.
Di dataran tengah ada ruang berbeza antara lelaki dan wanita.
Di satu sudut.
Melihat acara daripada screen.
Habib Shech membawa 24 Qasidah dan Habib Ali memberi tazkirah.
Memang rasa teruja dengan selawat dan qasidah beramai-ramai itu.



Selawat bergema menyusuk jiwa.

Acara selesai pada 11.30.
Kami pulang awal.
Menapak balik.
Parkir kereta di Poliklinik Tanglin.

Alhamdulillah.

Pada waktu lain Rasulullah bersabda yang maksudnya " Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman dan kalian tidak akan dikatakan beriman hingga kalian mampu saling mengasihi. Mahukah kalian aku tunjukkan terhadap satu amalan yang apabila kalian mengerjakannya , kalian akan saling mencintai?
Iaitu SEBARKAN SALAM  di antara kalian."
(Hadis Riwayat Muslim)


CINTA ALLAH CINTA RASULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

azieazah said...

Alhamdulillah... saya tengok dari TV AlHijrah. Itupun mujor kawan saya update FB dia, anak2 dia ada pergi.