Sunday, February 3, 2013

22 RABIUL AWWAL - KOMPLEK MUZIUM TERENGGANU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ini  komplek Muzium Terengganu. Tersergam , besar  tinggi dan indah!. Ia mengandungi  empat blok Muzium bangunan utama Ada Muzium Maritim dan rumah-rumah tradisional.
Keseluruhan kawasan ini seluas 27 hektar.
Ia terletak di Bukit Losong.
Ia diilhamkan oeh YM Dato Raja Kamarul Bahrin.

Muzium utama -Pemandangan  daripada pintu masuk.
Keluasan lantai keseluruhan 75,053 meter persegi.
Ia dikatakan Muzium Terbesar di Asia Tenggara.
Tenguk dahulu pelan sebelum memulakan pengembaraan....
Dirasmikan pada 20 April, 1996 oleh Sultan Mahmud Al Mukta Fi Billah.

Tiket masuk RM 5.
Ada Galeri Diraja, perdagangan, Tekstail, Kraf, Sejarah, Islam, Perikanan, Ilmu Kejadian, Petroleom 







Ada langskap yang cantik.

Tulisan di bawah dipetik daripada http://pelancongan-terengganu.blogspot.com
Ciri utama rekabentuk senibina ialah 'fascia' hadapannya yang dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Bangunan ini juga direkabentuk untuk memberikan gambaran seakan-akan ia berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga yang terangkat seperti rumah tradisional di kampung-kampung. Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan bertujuan untuk menambahkan aspek keaslian serta estatiknya.
Kedua, perancangan susun atur ruang yang diputuskan di dalam aspek pembinaan bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang ‘communal’ yang berfungsi sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan satu keluarga yang besar yang berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dan apabila jumlah isi keluarga berkembang maka wujudlah bangunan yang baru iaitu rangkaian blok-blok lain. 
Daripada aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga. Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat.

Ketiga, bangunan ini juga dibina menghadap sungai di dalam paksi Timur Barat. Konsep ini dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air. Dengan ini, diharapkan pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium dengan menggunakan jalan air. Untuk lebih efisyen, sebuah jeti yang boleh dijadikan pengkalan oleh para pengunjung juga telah dibina.
Sebuah lagun buatan juga telah dibina sebagai kolam bayangan berhampiran dengan tebing sungai. Kewujudan kolam bayangan ini akan dapat mengurangkan konsep ukuran bangunan kepada konsep yang lebih berteraskan ukuran kemanusiaan.

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Cantik! saya belum ke sini lagi,

Dr Singa said...

muzium terbesar ..

tapi macam banyak kosong kan..?