Muzium utama -Pemandangan daripada pintu masuk. Keluasan lantai keseluruhan 75,053 meter persegi. Ia dikatakan Muzium Terbesar di Asia Tenggara. |
Tenguk dahulu pelan sebelum memulakan pengembaraan.... |
Tiket masuk RM 5. |
Ada Galeri Diraja, perdagangan, Tekstail, Kraf, Sejarah, Islam, Perikanan, Ilmu Kejadian, Petroleom |
Ada langskap yang cantik. Tulisan di bawah dipetik daripada http://pelancongan-terengganu.blogspot.com |
Kedua, perancangan susun atur ruang yang diputuskan di dalam aspek pembinaan bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang ‘communal’ yang berfungsi sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan satu keluarga yang besar yang berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dan apabila jumlah isi keluarga berkembang maka wujudlah bangunan yang baru iaitu rangkaian blok-blok lain.
Daripada aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga. Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat.
Ketiga, bangunan ini juga dibina menghadap sungai di dalam paksi Timur Barat. Konsep ini dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air. Dengan ini, diharapkan pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium dengan menggunakan jalan air. Untuk lebih efisyen, sebuah jeti yang boleh dijadikan pengkalan oleh para pengunjung juga telah dibina.
Sebuah lagun buatan juga telah dibina sebagai kolam bayangan berhampiran dengan tebing sungai. Kewujudan kolam bayangan ini akan dapat mengurangkan konsep ukuran bangunan kepada konsep yang lebih berteraskan ukuran kemanusiaan.
2 comments:
Cantik! saya belum ke sini lagi,
muzium terbesar ..
tapi macam banyak kosong kan..?
Post a Comment