Monday, February 4, 2013

MASJID KRISTAL, TERENGGANU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitkan dan ( kelakuan yang) menyakiti seperti ( rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanajakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu di timpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya licin bersih ( tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak) mereka tidak akan mendapat sesuatu( pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ( ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.'
(maksud ayat 264 surah Al Baqarah juz 3)
Orang kata tak sah  ke Terengganu kalau tak ke Masjid Kristal!
Letaknya bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Masya-Allah. Hebatnya.

Tersangat cantik, berkilauan kena panah matahari....

Ada orang kata tak semua kristal pun....
Betul ke tiangnya saja yang bersalut kristal?

Pintu besar utama.
Kena lalu pintu lain....
Bahagian dalam.
Banyak pintu ditutup. ( air cond)


Petugas.
Berjalan-jalan di sekitarnya...



Dari pintu masuk. Kiri kanan berwarna putih tu tandas.
Add caption
Alhamdulillah.
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah sentiasa mengingati dan menyebut namamu.
Ampunkanlah kami.
Rahmatilah kamu, jauhkanlah kami dari azab kubur dan neraka.
Kami takut nerakaMu Ya ALLAH, masukkan kami ke SyurgaMu.
Amin.

4 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama

kalau dtg waktu malam, masjid ni akan bertukar2 warna. cantik sgt...

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun dah sampai sini Kak Ju. Tapi tak solat pun - abang aje yg solat tahiyyatul masjid.

azieazah said...

Saya pernah sampai Terengganu tapi masa tu masjid ni lum siap, kami singgah Masjid Terapung jer.

Anonymous said...

Banyak betul Masjid yang cantik2 kat Kuala Terengganu nie